Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir dilapor letak jawatan Pengerusi Pejuang

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dilapor letak jawatan Pengerusi Pejuang

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 16 Dec 2022 08:53PM
SHAH ALAM: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).

Perkara itu disahkan oleh sumber parti tersebut, namun menegaskan bahawa bekas Perdana Menteri itu kekal sebagai Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA).

"Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang, kekal sebagai Pengerusi GTA," kata sumber berkenaan kepada Sinar Harian pada Jumaat (16 Dis).

Menurut sumber itu lagi, satu pengumuman rasmi akan dibuat oleh Dr Mahathir.

Difahamkan, Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) Pejuang kedua akan diadakan pada 14 Januari depan.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bagi Parlimen Langkawi, calon Perikatan Nasional (PN) Mohd Suhaimi Abdullah memperoleh majoriti 13,518 undi menewaskan Armishah Siraj (BN), Zabidi Yahya (PH), Dr Mahathir dan Abd Kadir Sainudin (Bebas).
Sumber : Agensi berita/zm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita