Dr Mahathir dibenarkan pulang dari IJN
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 8.40 pagi Sabtu (5 Feb).
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad, dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 8.40 pagi Sabtu (5 Feb).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, IJN menyatakan Dr Mahathir baru-baru ini dimasukkan ke institut itu untuk rawatan perubatan dan dibenarkan keluar hari ini. Ia menambah beliau akan menjalani pemulihan di rumah.
“Tun Dr Mahathir akan menjalani pemeriksaan susulan bagi meneruskan rawatan perubatannya apabila diperlukan dalam masa terdekat,” menurut kenyataan itu.
Ia menambah Dr Mahathir dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali, mengucapkan terima kasih kepada semua atas keprihatinan serta doa mereka apabila Dr Mahathir dimasukkan ke IJN.
Pada Jumaat, media melaporkan Dr Mahathir masih menjalani proses pemulihan di IJN dan dibenarkan pulang pada 2 Februari tetapi perlu kembali ke institut itu untuk menjalani fisioterapi dan rawatan lanjut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.