Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir dibenar pulang selepas prosedur perubatan

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir dibenar pulang selepas prosedur perubatan

Dr Mahathir. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 13 Jan 2022 08:12PM Dikemas Kini : 13 Jan 2022 08:12PM

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang selepas satu prosedur perubatan yang berjalan dengan lancar, menurut Institut Jantung Negara (IJN) hari ini (13 Jan). 

"Beliau akan teruskan proses pemulihan dan berehat di rumah," menurut institut tersebut dalam satu kenyataan. 

Institut tersebut tidak mendedahkan sebarang maklumat tentang prosedur yang dijalani Dr Mahathir, yang mempunyai sejarah masalah-masalah jantung. 

Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia dari 1981 hingga 2003 dan menyandang jawatan tersebut sekali lagi dari 2018 hingga 2020. 

Dr Mahathir yang berusia 90an tahun itu dimasukkan ke institut tersebut pada Jumaat lalu (7 Jan) - kali kedua dalam beberapa bulan kebelakangan ini. 

Ahli politik yang masih aktif itu dirawat di hospital pada 16 Disember sebelum dibenarkan pulang seminggu selepas itu. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa