Dr Mahathir dibenar keluar Institut Jantung Negara selepas 2 minggu rawat batuk
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan batuk.
Lapor Bloomberg, pembantu beliau, Sufi Yusoff berkata, kesihatan mantan pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan 'bercuti di rumah.'
Lapor Bloomberg, pembantu beliau, Sufi Yusoff berkata, kesihatan mantan pemimpin berusia 99 tahun itu semakin baik dan dibenarkan 'bercuti di rumah.'
Dr Mahathir dimasukkan ke IJN pada 15 Julai lalu, lima hari selepas ulang tahun kelahiran beliau yang ke-99 tahun, lapor agensi berita Astro Awani.
Mantan Perdana Menteri sebanyak dua kali itu memiliki sejarah masalah jantung dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 1989 dan 2007.
Kali terakhir beliau mendapatkan rawatan di IJN adalah pada Januari lalu akibat masalah jangkitan dan dibenarkan keluar dari hospital itu pada Mac, menurut laporan Astro Awani.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.