Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir dibenar keluar IJN; kuarantin di rumah hingga 6 Sep

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 9.30 pagi Ahad (4 Sep). 

Pejabat Dr Mahathir dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Dr Mahathir akan meneruskan kuarantin di rumah sehingga Selasa (6 Sep). 

Sebelum ini, Dr Mahathir dimasukkan ke IJN untuk pemantauan selama beberapa hari seperti yang dinasihatkan oleh pasukan kesihatan setelah disahkan positif COVID-19 pada 31 Ogos lalu.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan