Dr Mahathir dibenar keluar dari Institut Jantung Negara selepas lebih sebulan dirawat
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Pejabat Mahathir Mohamad/Reuters
KUALA LUMPUR: Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), mantan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin (17 Mac).
Perkara itu disahkan oleh pegawai beliau dalam satu kenyataan.
"Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibenarkan keluar dari Institut Jantung Negara pada jam 11.30 pagi hari ini.
"Dr Mahathir telah dimasukkan ke IJN pada 26 Januari 2024, untuk rawatan jangkitan dan untuk pemerhatian," katanya pada Isnin, dipetik daripada agensi berita Sinar Harian.
Sebelum ini Dr Mahathir dilapor masih menjalani proses pemulihan akibat jangkitan.
Menurut laporan Sinar Harian, beliau hanya akan dibenarkan keluar sekiranya IJN berpuas hati dengan tahap pemulihan jangkitan yang dialami.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.