Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir bertindak ikut nasihat pegawai dilantik Peguam Negara berhubung Pedra Branca

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir bertindak ikut nasihat pegawai dilantik Peguam Negara berhubung Pedra Branca

Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: Bernama)

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad mendakwa keputusan untuk tidak meneruskan tindakan perundangan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berkaitan kes kedaulatan Pedra Branca adalah berdasarkan nasihat pegawai-pegawai yang dilantik bekas Peguam Negara Mohamed Apandi Ali. 

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada 13 Oktober lalu bahawa kemungkinan terdapat kecuaian dan kekhilafan daripada Dr Mahathir apabila Malaysia terlepas peluang untuk memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan penghakiman ICJ pada 2008.

“Itu pendapat dia (Perdana Menteri Ismail Sabri). Ada kecuaian,” kata Dr Mahathir kepada media selepas merasmikan persidangan dan pameran “Beyond the Pandemic Empowering Seniors for their Best Years” pada Sabtu (15 Okt).

Menjawab soalan wartawan apakah Malaysia perlu menuntut Pedra Branca, Dr Mahathir berpandangan bahawa apabila Malaysia berjanji dengan Singapura, maka Malaysia akan terima apa saja keputusan yang dibuat oleh ICJ.

Dalam pada itu, ditanya mengenai hasrat Pengerusi Pertubuhan Perubahan Rakyat Malaysia (Gerak) Mohamad Ezam Mohd Nor untuk bertanding di kerusi Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15, Dr Mahathir berkata  sesiapa pun boleh bertanding di Langkawi. 

“Saya tetap di Langkawi. Tapi ada orang lain nak masuk, masuklah. Langkawi dulu kemenangan kepada UMNO sehingga tewas pada PRU14. Sekarang PRU15 tidak tahulah kalau UMNO semakin berpengaruh,” katanya. 
Mengenai kenyataan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin pada Jumaat (14 Okt) bahawa parti itu bersedia untuk mempertimbangkan kerjasama dengan Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pada PRU15, Dr Mahathir berkata perpecahan dalam parti-parti lawan akan menyebabkan kekalahan. 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan