Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir beri jaminan Pakatan Harapan urus baik deposit Tabung Haji

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir beri jaminan Pakatan Harapan urus baik deposit Tabung Haji

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 09:55AM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 09:56AM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad memberi jaminan kepada pendeposit Tabung Haji bahawa wang deposit mereka akan diuruskan dengan lebih baik oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau berkata Tabung Haji diuruskan dengan buruk buat bertahun-tahun lamanya sebelum ini lantas mengakibatkan ia tidak memperoleh banyak keuntungan.

"Sebenarnya mereka tidak membuat sebarang keuntungan, jadi mereka ambil deposit dan menggunakannya sebagai dividen. Jadi ramai yang simpan duit mereka di sana kerana mereka lihat banyak pulangan daripada pelaburan.

“Ini tidak boleh diteruskan selamanya,” kata Dr Mahathir semasa persidangan media di Yayasan Al Bukhary pada Jumaat (19 Apr).

Dr Mahathir berkata bagi memastikan orang ramai terus menyimpan wang mereka dalam Tabung Haji, kerajaan akan membayar dividen kepada pendeposit menggunakan hasil dari pelaburan yang dibuatnya meskipun jumlahnya mungkin kecil.

"Ini bermakna mereka yang berhasrat menunaikan haji akan masih sanggup menyimpan (dalam Tabung Haji) kerana ia akan diuruskan dengan baik, bukan seperti sebelum ini apabila deposit mereka digunakan untuk jadi subsidi belanja menunaikan haji dan juga untuk mengumumkan dividen,” katanya.

Awal bulan ini, Tabung Haji mengumumkan agihan dividen 2018 pada kadar 1.25 peratus yakni kadar paling rendah dalam sejarah penubuhannya.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan