Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir akan terus terlibat dalam politik; bertegas khidmatnya masih diperlukan

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir akan terus terlibat dalam politik; bertegas khidmatnya masih diperlukan

Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad. (Gambar: BERNAMA)

PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad berkata beliau akan terus terlibat dalam arena politik memandangkan khidmatnya masih diperlukan oleh rakyat di negara itu. 

Mantan perdana menteri itu berkata beliau tidak boleh menolak sekiranya ada pihak memerlukan bantuan beliau atau khidmat nasihatnya demi kebaikan negara. 

“Demi negara (jika) orang datang minta tolong, mana mungkin saya nak kata maaf tidak boleh tolong pasal saya nak rehat. Saya ada pendapat, (bila diminta) saya sedia beri pendapat,” kata beliau semasa sidang media hari ini (28 Mac).

Dr Mahathir berkata demikian ketika mengulas laporan media berhubung kenyataan ahli ekonomi Encik Jomo Kwame Sundaram yang memintanya supaya menjadi negarawan dan tidak lagi terlibat dalam politik.

Menurut laporan media, Jomo mengatakan beliau telah menasihati Dr Mahathir supaya tidak terlibat dalam politik tetapi telah ditolak oleh mantan perdana menteri tersebut. 

Dr Mahathir berkata pendapat Encik Jomo itu bersifat peribadi dan menolak nasihat untuk mengundurkan diri daripada politik. 
Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan