Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dr Mahathir akan dipanggil SPRM jika ada bukti terlibat salah guna kuasa

Anggaran Waktu Membaca:
Dr Mahathir akan dipanggil SPRM jika ada bukti terlibat salah guna kuasa

Bekas perdana menteri Malaysia, Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Behrouz Mehri/AFP)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menolak kemungkinan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad akan dipanggil sekiranya bukti menunjukkan beliau terbabit dalam kegiatan salah guna kuasa.

Sumber berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI pada Isnin (29 Jan), namun enggan mengulas lanjut tentang perkara itu.

Sebelum ini, sumber berkenaan memberitahu, siasatan SPRM terhadap Mokhzani Mahathir dipercayai ada kaitan dengan dakwaan salah guna kuasa membabitkan bapanya, Dr Mahathir.
Seorang lagi anak Dr Mahathir, Mirzan Mahathir, turut disiasat, namun bagi kes yang berbeza.

"Siasatan SPRM membabitkan Mokhzani dan Mirzan ada kaitan dengan bapa mereka.

"Namun kes Mokhzani dan kes Mizan masing-masing tiada kaitan antara satu sama lain," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur pada Ahad (28 Jan).

Pada 18 Januari lalu, SPRM dilaporkan mengkehendaki Encik Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangannya, sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari dari tarikh notis.

Jumaat (26 Jan) lalu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki mengesahkan Encik Mohkzani hadir di ibu pejabat SPRM bagi membantu siasatan.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan