Skip to main content

Dunia

Dr Mahathir adakan sidang media khas pada 22 Jan bagi ulas dakwaan ugutan terhadap anak sulung

Anggaran Waktu Membaca:
PUTRAJAYA: Dr Mahathir Mohamad akan mengadakan satu sidang media khas pada Isnin depan (22 Jan) bagi mengulas isu-isu semasa serta dakwaan mengenai ugutan terhadap anaknya, Mirzan.

Mantan Perdana Menteri Malaysia itu bagaimanapun tidak memberi maklumat lanjut berhubung perkara berkenaan ketika ditanya pihak media.

"Tunggu Isnin nanti (sidang media khas)," katanya ketika ditemui selepas Sesi Minda Negarawan: Iktibar 150 tahun Perjanjian Pangkor di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Sabtu (20 Jan), lapor agensi berita Sinar Harian.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir menerusi hantaran di laman Facebook menempelak kerajaan yang dikatakan bertindak zalim terhadap musuh politik selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anaknya itu berhubung dakwaan pengubahan wang haram.

Menurut laporan Sinar Harian, Encik Mirzan diperintahkan untuk isytihar aset alih dan tidak alih sama ada di dalam atau luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis.

Perintah tersebut merupakan tindakan lanjutan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaannya yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC), dipetik daripada Sinar Harian.
 
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita