Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dos penggalak pastikan imuniti kekal pada paras tinggi, tegas Ketua Pengarah Kesihatan M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Dos penggalak pastikan imuniti kekal pada paras tinggi, tegas Ketua Pengarah Kesihatan M'sia

Gambar Hiasan (Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

KUALA LUMPUR: Dos penggalak COVID-19 perlu diberikan selepas tempoh tertentu bagi memastikan imuniti individu yang sudah lengkap divaksin kekal pada tahap optimum.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata saranan itu dikeluarkan kerana didapati berlaku penurunan imuniti selepas penerimaan vaksin COVID-19 dalam tempoh tertentu.

“Daripada pemantauan yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Klinikal (ICR) di Malaysia, penurunan imuniti sebanyak 20 peratus berlaku pada individu yang telah mengambil dos lengkap.

“Bagi penerima vaksin Sinovac, berlaku penurunan imuniti sebanyak 40 peratus selepas tiga hingga lima bulan menerima dos kedua,” menurutnya dalam kenyataan pada Jumaat (21 Jan). 

Beliau berkata pelbagai kajian dari Israel, United Kingdom dan Chile mendapati penurunan tahap antibodi peneutralan kepada COVID-19 selepas tiga hingga enam bulan menerima dos lengkap dan menyebabkan risiko dijangkiti wabak itu meningkat terutama bagi kumpulan berisiko tinggi.

Dr Noor Hisham berkata setakat semalam, seramai 10,235,759 atau 43.7 peratus penduduk Malaysia yang berusia 18 tahun dan ke atas telah mendapatkan dos penggalak. 

Beliau juga berkata kes baru COVID-19 yang dilaporkan semalam sudah meningkat kepada 4,046 berbanding 3,764 pada hari sebelumnya, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan wabak itu sebanyak 2,824,973 setakat 12.00 tengah hari semalam.

Sebanyak 0.8 peratus daripada jumlah kes baru itu adalah kategori tiga, empat dan lima, manakala 99.2 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Daripada 4,046 kes itu, sebanyak 489 adalah kes import dan 3,557 pula adalah kes tempatan manakala yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah sebanyak 149 kes dan 71 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya lagi.

Selain itu, beliau berkata sebanyak 2,804 kes sembuh dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif setakat ini seramai 2,750,261 orang.

Katanya lagi, sebanyak 12 kluster baru direkodkan dengan 220 kluster masih aktif.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan