Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dong Zong perlu hormati keputusan Kabinet berhubung isu Jawi kata Syed Saddiq

Pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiao Zong harus menghormati keputusan Kabinet Malaysia, mengekalkan kebenaran pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk di sekolah-sekolah vernakular.

Anggaran Waktu Membaca:
Dong Zong perlu hormati keputusan Kabinet berhubung isu Jawi kata Syed Saddiq

Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 21 Dec 2019 08:55PM Dikemas Kini : 21 Dec 2019 09:02PM

KUALA LUMPUR: Pertubuhan pendidikan Cina Dong Jiao Zong harus menghormati keputusan Kabinet Malaysia, mengekalkan kebenaran pembelajaran tulisan Jawi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu termasuk di sekolah-sekolah vernakular.

Justeru Menteri Belia dan Sukan Malaysia Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyarankan kumpulan pendidikan Cina itu, agar tidak meneruskan hasrat melangsungkan kongres bagi membantah isu itu pada 28 Disember ini.

"Saya rasa perkara ini kita sudah cari jalan kompromi dan jalan tengah, kerana ia sudah dibincangkan begitu panjang dalam Kabinet, dan kita sudah capai kata sepakat atau konsensus.

"Paling penting kita kena memandang ke depan kerana ada empat isu utama yang rakyat Malaysia mahukan membabitkan ekonomi, kos sara hidup, perumahan dan pekerjaan. Tolonglah fokus empat perkara ini kerana ia paling mustahak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan sidang kemuncak eUsahawan Hero Muda anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Facebook Malaysia, di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), pada Sabtu (21 Dis).

Semalam, Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad memberi amaran mengenai akibat sekiranya kumpulan itu meneruskan kongres yang dirancang itu, mungkin mengakibatkan kaum Melayu juga menganjurkan kongres mereka, bagi membincangkan usaha menutup sekolah-sekolah vernakular Cina.

Dr Mahathir turut menasihatkan setiap pihak bertimbang rasa terhadap sentimen pihak lain.

Ogos lepas, Kementerian Pendidikan mengesahkan akan tetap melaksanakan pengenalan tulisan khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat, pada tahun hadapan seperti yang dijadualkan.

Walaupun mendapat bantahan mengenai pengajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah vernakular, bulan lepas Mahkamah Tinggi di George Town, Pulau Pinang memutuskan bahawa pengajaran tulisan Jawi adalah sebahagian daripada Bahasa Malaysia, dan boleh diajar di sekolah-sekolah Cina dan Tamil.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan