Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Donbas sudah hancur sepenuhnya, kata Zelensky

Anggaran Waktu Membaca:
Donbas sudah hancur sepenuhnya, kata Zelensky

(Gambar: Fadel Senna/AFP)

Diterbitkan : 20 May 2022 09:22AM Dikemas Kini : 20 May 2022 09:50AM

REUTERS: Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky pada Khamis (19 Mei) berkata pasukan Rusia sudah "menghancurkan sama sekali" wilayah perindustrian Donbas dan menuduh Moscow melakukan pengeboman tidak masuk akal dengan memperhebatkan serangannya terhadap Ukraine. 

Presiden Zelensky juga menuduh pasukan Rusia berusaha membunuh sebanyak mungkin orang Ukraine dan melakukan kemusnahan sebanyak mungkin, sambil mengulangi tuduhannya bahawa Rusia sedang melakukan pembunuhan besar-besaran. 

Presiden Zelensky berkata, sementara pasukan Ukraine terus membebaskan wilayah Kharkiv di timur Kyiv, Rusia pula memberikan lebih banyak tekanan di Donbas, yang terletak di bahagian tenggara Ukraine. 

"Seperti neraka di sana," katanya dalam ucapannya menerusi video pada lewat malam, sambil menambah bahawa 12 orang maut dalam "pengeboman yang kejam dan tidak masuk akal" di Severodonetsk pada Khamis (19 Mei). 

"(Ada) serangan berterusan di wilayah Odesa, di bandar-bandar pusat Ukraine. Donbas benar-benar musnah sepenuhnya," kata Presiden Zelenskyy. 

"Ini adalah percubaan jenayah secara sengaja untuk membunuh sebanyak mungkin warga Ukraine, untuk memusnahkan sebanyak mungkin rumah, kemudahan sosial dan perusahaan." 

Dalam pada itu, Encik Zelensky mengucapkan terima kasih kepada Amerika Syarikat (AS) kerana meluluskan pakej bantuan baru berjumlah AS$40 bilion (S$55 bilion) kepada negara itu. 

Pada Mac lalu, Dewan Kongres Amerika meluluskan bantuan AS$14 bilion (S$19 bilion)kepada Ukraine, hanya beberapa minggu selepas bermulanya pencerobohan Rusia.

Hampir kesemua dana itu telah digunakan.

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa