Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Donald Trump mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba batalkan keputusan Pilihan Raya Amerika 2020

Anggaran Waktu Membaca:
Donald Trump mengaku tidak bersalah atas tuduhan cuba batalkan keputusan Pilihan Raya Amerika 2020

Presiden Donald Trump (tengah) bersama peguam belas Todd Blanche (kiri) di mahkamah pada 3 Ogos 2023. (Illustrasi: Dana Verkouteren menerusi AP)

WASHINGTON: Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah di mahkamah Washington DC pada Khamis (3 Ogos).

Ini atas tuduhan cuba membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat pada 2020.

Encik Trump bagaimanapun, menafikan terlibat dalam dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai penindasan pihak lawan dalam politik.

Encik Trump sudah dihadapkan ke mahkamah sebanyak tiga kali dalam tempoh empat bulan atas tuduhan jenayah.

Rusuhan yang tercetus di Capitol Hill, di pada 6 Januari 2021, mendorong siasatan dijalankan terhadapnya.

Kira-kira seribu individu sudahpun didakwa di mahkamah yang sama kerana menyertai rusuhan itu.

Pada Selasa lalu, Encik Trump didakwa atas tuduhan jenayah berkaitan percubaan untuk membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya Amerika Syarikat.

Beliau didakwa atas tuduhan bersubahat untuk menipu pemerintah Amerika Syarikat, percubaan untuk menyogok seorang saksi selain bersubahat untuk menghalang suara rakyat.
Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan