Skip to main content

Dunia

Dompet hilang dipulangkan, ditambah isi istimewa bagi si pemilik

Hunter Shamatt baru sahaja mendarat di Las Vegas, Amerika Syarikat apabila beliau sedar bahawa dompetnya hilang. Dompet itu mengandungi wang tunai AS$60 (S$82), cek gajinya sejumlah AS$400 (S$549) serta kad bank dan kad pengenalannya.

Anggaran Waktu Membaca:
Dompet hilang dipulangkan, ditambah isi istimewa bagi si pemilik

(Gambar: Getty Images)

Diterbitkan : 14 Dec 2018 05:35AM Dikemas Kini : 06 Jan 2019 12:20AM

OMAHA: Hunter Shamatt baru sahaja mendarat di Las Vegas, Amerika Syarikat apabila beliau sedar bahawa dompetnya hilang. Dompet itu mengandungi wang tunai AS$60 (S$82), cek gajinya sejumlah AS$400 (S$549) serta kad bank dan kad pengenalannya.

Meskipun rasa tertekan dan kecewa, Shamatt enggan membesar-besarkan insiden itu memandangkan kakaknya akan berkahwin pada hujung minggu tersebut. Beliau sebaliknya meminjam wang daripada ibu bapanya bagi perbelanjaan pada hujung minggu tersebut.

"Saya agak kecewa," kata Shamatt, 20 tahun, yang bekerja sebagai seorang tukang kayu. "Saya khuatir kerana tidak memiliki ID saya."

Ingat Shanmatt dompetnya mungkin hilang semasa di pesawat Frontier dalam penerbangan dari Omaha ke Vegas. Beliau lantas menghubungi syarikat penerbangan itu bagi membuat aduan, namun tidak berjaya mendapatkan semula dompet tersebut.

"Oleh kerana saya berada di Vegas, saya berpendapat tidak mungkin akan mendapatkannya semula," kata beliau, seperti dipetik oleh akhbar The Washington Post.

Selepas majlis perkahwinan kakaknya, bersama ibu bapanya, Shamatt melakukan perjalanan ke lapangan terbang di Vegas untuk pulang ke Omaha.

Ibunya gelisah kerana tidak pasti sama ada anaknya akan dibenarkan menaiki pesawat tanpa kad pengenalannya.

"Kami semua risau," kata Jeannie Shamatt. "Saya khuatir. Saya risau. Beliau pun rasa risau."

Selepas ditemubual selama sekitar sejam, Shamatt akhirnya dibenarkan menaiki pesawat. Pada keesokan hari, Shamatt menerima sebuah pakej yang dikirimkan ke kediamannya.

Bungkusan itu mengandungi dompetnya dan sekeping nota yang bertulis: "Hunter, saya jumpa dompet ini semasa penerbangan Frontier dari Omaha ke Denver - di tempat duduk F di barisan 12, tersepit di antara tempat duduk itu dan tembok pesawat. Anda mungkin inginkannya semula."

Tulis pengirim bungkusan itu lagi: "Saya juga menambahkan wang tunai dalam dompet itu sehingga AS$100 (S$137) supaya anda boleh merayakan penemuan semula dompet anda."

Shamatt dan keluarganya merasa bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada si pengirim yang murah hati itu.

Jeanie Shamatt kemudian memuat naik gambar nota tersebut di laman Facebooknya bagi meminta orang ramai membantu mengesan invidu yang hanya menulis inisial namanya, T.B.

Catatanya menerima beribu-ribu tanda suka dan komen. Ia turut dikongsi beribu-ribu kali.

Beberapa hari kemudian, Shamatt dan keluarganya dihubungi Todd Brown, seorang penduduk Omaha, dengan bantuan seorang individu yang bekerja dengan Brown.

Shamatt kemudian mengirimkan surat kepada Brown bagi mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Tuan, saya amat berterima kasih kepada anda. Apa yang anda lakukan tidak pernah dilakukan oleh sesiapa pun. Tidak pernah sesekali pun dalam hidup saya atau keluarga saya pernah kami menyaksikan perbuatan yang bersifat murah hati seumpama ini.

Saya tidak menjangka saya akan dapat lihat dompet saya sekali lagi, apatah lagi dengan wang tunai AS$40 (S$55). Terima kasih. Saya harus membayar wang yang dipinjam bagi pelajaran saya serta lori saya dan ini dapat membuat perbezaan," katanya seperti dipetik oleh The Washington Post.

Brown tidak memberi respons kepada permintaan The Washington Post untuk ditemubual, namun Jeanie Shamatt berkata bahawa Brown dan isterinya amat terharu dengan bagaimana perbuatan beliau begitu bermakna bagi keluarga Shamatt.

"Beliau dan isterinya memberitahu saya bahawa mereka menangis apabila saya memberitahu mereka segalanya yang berlaku," kata Jeanie Shamatt. 

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita