Dominasi Harris ke atas Trump makin kurang: Tinjauan IPSOS, Reuters
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Patrick T. Fallon, Brendan SMIALOWSKI / AFP
WASHINGTON: Dominasi Kamala Harris ke atas Donald Trump merosot pada peringkat terakhir pemilihan presiden Amerika Syarikat dengan Democrat mendahului satu mata peratusan berbanding Republican masing-masing 44 peratus kepada 43 peratus.
Data itu berdasarkan tinjauan Reuters/IPSOS yang diterbitkan pada Selasa (29 Okt).
Tinjauan tiga hari itu selesai pada Ahad dan menunjukkan persaingan seri menjelang pilihan raya 5 November.
Tinjauan pendapat itu mempunyai margin ralat kira-kira tiga mata peratusan dalam kedua-dua arah.
Walaupun Cik Harris mendahului Encik Trump dalam setiap tinjauan Reuters/IPSOS bagi pengundi berdaftar sejak beliau menyertai persaingan pada bulan Julai, kelebihannya semakin berkurangan sejak akhir September.
Tinjauan Reuters/IPSOS sebelum ini dijalankan pada 16 hingga 21 Oktober menunjukkan Naib Presiden Harris dengan kelebihan dua mata peratusan berbanding mantan presiden Trump.
Tinjauan baharu itu melibatkan 1,150 orang dewasa Amerika di seluruh negara termasuk 975 pengundi berdaftar.
Ia menunjukkan Encik Trump mempunyai kelebihan ketara berbanding Harris dalam beberapa isu yang dianggap paling mendesak oleh pengundi.
Ditanya siapa antara dua calon yang mempunyai pendekatan yang lebih baik terhadap ekonomi, pengangguran dan pekerjaan, pengundi dalam tinjauan itu memilih Encik Trump 47 peratus hingga 37 peratus.
Encik Trump mempunyai kelebihan dalam ekonomi sepanjang kempen dan 26 peratus pengundi dalam tinjauan terbaru menyebut pekerjaan dan ekonomi sebagai masalah paling mendesak negara, berbanding 24 peratus yang memetik ekstremisme politik dan 18 peratus yang menunjuk kepada imigresen.
Kelebihan terbesar Encik Trump dari segi dasar mungkin mengenai isu imigresen, di mana beliau telah mengemukakan cadangan keras termasuk pengusiran beramai-ramai pendatang di negara itu secara haram.
Kira-kira 48 peratus pengundi dalam tinjauan terbaharu berkata pendekatan Trump terhadap imigresen adalah yang terbaik, lebih tinggi daripada 33 peratus yang memilih Cik Harris.
Tinjauan itu juga menunjukkan kelebihan Cik Harris dalam isu ekstremisme politik semakin berkurangan.
Kira-kira 40 peratus pengundi dalam tinjauan itu berkata, beliau mempunyai pendekatan yang lebih baik untuk mengendalikan ekstremisme politik dan ancaman kepada demokrasi, berbanding 38 peratus yang memilih Encik Trump.
Pendahuluan kecil Cik Harris ke atas Encik Trump mungkin tidak mencukupi untuk memenangi pilihan raya walaupun ia bertahan hingga 5 November.
Tinjauan nasional memberikan isyarat penting tentang pandangan pengundi, tetapi keputusan negeri demi negeri menentukan pemenang dengan tujuh negeri menjadi penentu.
Encik Trump mengalahkan Democrat Hillary Clinton dalam pilihan raya 2016, walaupun Hillary memenangi undi popular negara dengan dua mata.
Memandangkan perlawanan yang sengit itu, usaha calon untuk memastikan penyokong mereka benar-benar mengundi mungkin menjadi kunci dalam menentukan pemenang.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.