Skip to main content

Dunia

Doktor temui nyamuk hidup dalam hidung pesakit selama dua hari

Seorang lelaki pergi berjumpa doktor setelah mendengar bunyi dengung dan rasa gatal-gatal di bahagian dalam hidungnya. Dengan menggunakan alat kamera khas, doktor yang merawatnya, Dr Thuoc, kemudian menemui sesuatu luar biasa di dalam lubang hidung pesakit.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor temui nyamuk hidup dalam hidung pesakit selama dua hari

Gambar fail seekor nyamuk dipetik pada 2017 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Oct 2018 11:36PM Dikemas Kini : 30 Oct 2018 11:40PM

VIETNAM: Tiada siapa yang suka rasa gatal akibat digigit nyamuk. Bayangkan pula jika anda terpaksa menahan rasa yang tidak terkira gatalnya selama dua hari.

Namun inilah yang dialami oleh seorang lelaki di Vietnam. Menurut laporan the Sun, seorang lelaki pergi berjumpa doktor setelah mendengar bunyi dengung dan rasa gatal-gatal di bahagian dalam hidungnya.

Dengan menggunakan alat kamera khas, doktor yang merawatnya, Dr Thuoc, kemudian menemui seekor nyamuk di dalam lubang hidung pesakit itu, menurut the Sun.

Menurut the Sun lagi, serangga itu kelihatan masih hidup dan bergerak-gerak namun tidak dapat keluar kerana terperangkap dalam tahi hidung.

Serangga itu dapat dikeluarkan dengan menggunakan sepasang penyepit, tanpa mencederakan pesakit.

Kisah-kisah serangga dan haiwan kecil terperangkap dalam bahagian tubuh manusia bukan suatu yang luarbiasa.

Pada minggu sebelumnya, akhbar sama melaporkan tentang seorang doktor bernama Dr Rahmat Omar yang mengeluarkan seekor lipas hidup dari telinga seorang pesakit.

Dalam satu babak filem Pendekar Bujang Lapok arahan Allahyarham P Ramlee, terdapat satu dialog di mana guru di kelas menasihatkan: "Pak Hamid, tutup mulutnya sedikit. Nanti masuk lalat."

Mungkin ada kebenaran juga dalam nasihat cikgu itu.

Sumber : Agensi berita/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita