Doktor SG berdepan tuduhan rakam 4,500 video secara rahsia di tandas hospital Australia
Anggaran Waktu Membaca:

Pelatih pembedahan Ryan Cho digiring masuk ke Mahkamah Agung Victoria di Melbourne, Australia, pada 22 Ogos 2025. (Gambar: AP/Con Chronis)
MELBOURNE: Seorang doktor pelatih bedah dibebaskan dengan ikat jamin pada Jumaat (22 Ogos) selepas didakwa merakam secara rahsia ratusan rakan sekerja perubatan di tandas hospital di Australia.
Ryan Cho, 28 tahun, dijangka berdepan kira-kira 500 tuduhan melibatkan 4,500 video intim yang dirakam secara rahsia menggunakan telefon bimbit, kebanyakannya di tandas kakitangan di tiga hospital di Melbourne sejak tahun 2021, menurut dokumen polis yang dikemukakan di Mahkamah Agung wilayah Victoria.
Hakim James Elliott membenarkan pembebasan Cho dengan syarat dia tinggal bersama ibu bapanya, yang sudah berpindah dari Singapura ke Melbourne.
Mereka juga perlu menyediakan ikat jamin sebanyak A$50,000 (S$44,000).
Pendakwa berhujah bahawa tuduhan berat ini boleh mendorong Cho untuk melarikan diri, memandangkan dia sudah digantung daripada tugas dan tidak mempunyai ikatan kukuh di Australia.
Walaupun Cho sudah menjadi penduduk tetap Australia pada bulan April, dia boleh dihantar pulang ke Singapura jika sabit kesalahan dan dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atau lebih.
Polis mendakwa Cho merakam gambar intim sekurang-kurangnya 460 wanita. Hakim menarik perhatian bahawa tiada dakwaan bahawa video tersebut sudah disebarkan.
Cho ditangkap pada bulan Julai selepas sebuah telefon bimbit ditemui sedang merakam dari dalam beg jejaring (mesh) yang digantung di tandas Hospital Austin.
Polis juga mendakwa dia merakam di tandas Pusat Barah Peter MacCallum dan Hospital Diraja Melbourne.
Peguamnya, Julian McMahon, menolak kebimbangan bahawa anak guamnya akan mengganggu saksi jika dibebaskan, dan berkata bahawa terdapat kemungkinan ratusan saksi yang akan membuat dakwaan serupa.
Cho pada asalnya didakwa dengan enam tuduhan, namun 127 tuduhan tambahan dikemukakan pada Khamis, termasuk rakaman gambar intim tanpa kebenaran.
Encik McMahon berkata bahawa masih terlalu awal untuk menentukan sama ada kes ini akan dibicarakan. Cho belum mengemukakan sebarang pengakuan.
Cho datang ke Australia sebagai seorang mahasiswa pada 2017 dan belajar perubatan di Universiti Monash, Melbourne.

Sumber : AP/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.