Doktor sahkan tahap kesihatan PM Anwar Ibrahim baik
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Facebook/ Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim memaklumkan, keadaan kesihatannya berada pada tahap yang baik dan beliau akan meneruskan tugasnya pada Ahad (5 Feb).
Perdana Menteri yang dilaporkan tidak sihat hari ini (5 Feb) berkata perkara itu disahkan doktor selepas beliau menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) pagi tadi.
"Seusai pemeriksaan dan doktor mengesahkan kesihatan saya berada pada tahap yang baik, saya langsung menyambung tugasan bersama staf. Alhamdulillah," menurut beliau dalam catatan Facebooknya, lapor BH Online.
Pagi tadi, Menteri Sumber Manusia V Sivakumar memaklumkan kepada para pemberita, Perdana Menteri sepatutnya menghadiri sambutan Thaipusam di Batu Caves, namun tidak dapat berbuat demikian kerana tidak sihat dan terpaksa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Melalui muat naik berkenaan, Perdana Menteri turut berkongsi gambar perbincangan antara beliau dan tiga pegawainya di kediaman beliau di Kajang.
Mereka adalah Setiausaha Politik Kanan Shamsul Iskandar Md Akin; Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan Nurul Izzah Anwar dan Timbalan Ketua Setiausaha Sulit Shukri Saad.

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.