Doktor muda India gesa tuntutan dipenuhi sebelum kembali bekerja
Anggaran Waktu Membaca:
KOLKATA: Doktor-doktor muda di wilayah Bengal Barat di India bertekad akan meneruskan dengan tunjuk perasaan berhubung kes bunuh dan rogol seorang doktor pelatih, melainkan permintaan mereka dipenuhi.
Tindakan mereka itu sekaligus melanggar tarikh akhir yang ditetapkan oleh Mahkamah Agung.

Beratus-ratus doktor mengadakan tunjuk perasaan bagi menuntut tahap keselamatan lebih tinggi di hospital dan keadilan untuk mangsa, yang ditemui mati di sebuah kolej perubatan di Kolkata.
Persatuan Doktor Muda Bengal Barat menyatakan ia akan menimbangkan perintah mahkamah itu hanya sekiranya permintaan mereka dapat dituruti sebelum tarikh akhir yang diberikan.
Antara permintaan yang diberikan termasuk langkah-langkah keselamatan dipertingkat termasuk pengerahan lebih ramai pegawai keselamatan dan penggunaan kamera litar tertutup di hospital.
"Kami tidak melihat satu pun kamera CCTV dipasang selepas insiden itu" kata Dr Shubhendu Malik, seorang jurucakap bagi doktor muda di Hospital RG Kar.
"Tiada bilik rehat atau tandas berasingan buat lelaki dan wanita."
Pada Isnin (9 Sep), Mahkamah Agung, yang mengendalikan isu tersebut, memberitahu doktor bahawa mereka mempunyai sehingga keesokan hari untuk kembali bekerja, atau mereka berdepan "tindakan keras".
Penunjuk perasaan berkait insiden itu merebak ke luar negara pada hujung minggu lalu, sedang ribuan warga India mengadakan tunjuk perasaan di 25 negara, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun, untuk menuntut keadilan buat wanita.

Sumber : Reuters/HA/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.