Doktor khuatir trend ambil ubat kencing manis untuk turunkan berat badan di TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Joel Saget)
PARIS: Ubat merawat penyakit kencing manis Ozempic menjadi fenomena di media sosial selepas dikatakan dapat membantu mengurangkan berat badan.
Ia begitu popular sehingga menyebabkan kekurangan bekalan di merata dunia, mendorong doktor untuk memberi amaran tentang kesan sampingannya.
Video menggunakan hashtag #Ozempic ditonton oleh hampir 600 juta pengguna di TikTok, di mana pengguna sering memberi perkembangan mengenai berat badan mereka yang semakin berkurangan.
"Berat badan turun 40 kilogram dalam masa kurang tiga bulan. Terima kasih kepada Ozempic" kata seorang pengguna TikTok warga Perancis dalam satu video pada Disember yang menarik 50,000 tontonan.
Ubat suntikan dari syarikat farmaseutikal Denmark, Novo Nordisk, pada awalnya dihasilkan dan diluluskan oleh sejumlah negara untuk merawat kencing manis jenis 2.
Ia memperlahankan proses penghadaman makanan lantas mengurangkan selera mereka.
Pada awal 2021, satu kajian mendapati hampir 75 peratus individu yang mengambil ubat itu dapat mengurangkan 10 peratus berat badan mereka.
Sejak itu, Novo Nordisk membangunkan ubat semaglutide dengan dos yang lebih tinggi dipanggil Wegovy khusus untuk merawat obesiti, dan diluluskan di Amerika Syarikat pada 2021, serta di Eropah dan UK tahun lepas.
Wegovy belum lagi berada di pasaran di UK, Perancis atau beberapa negara lain, tetapi Ozempic boleh didapati dengan preskripsi biasa.
"BUKAN UBAT AJAIB"
Fenomena itu mengakibatkan meningkatnya orang tidak menghidap kencing manis untuk membeli dan mendapatkan "preskripsi palsu" bagi ubat Ozempic, kata Jean-Luc Faillie, seorang pakar farmakologi di Universiti Montpellier di Perancis.
Novo Nordisk memberitahu AFP bahawa "permintaan luar biasa" bagi Ozempic mengakibatkan ubat itu "sering tidak boleh didapati dan kehabisan stok" di seluruh dunia.
Kilang syarikat itu "beroperasi 24 jam, tujuh hari seminggu" untuk merapatkan jurang tersebut, tambahnya.
Para doktor melahirkan kebimbangan pesakit kencing manis mungkin tidak dapat membeli semaglutide disebabkan meningkatnya permintaan oleh mereka yang mahu mengurangkan berat badan.
KESAN SAMPINGAN
Mereka juga bimbang tentang kesan sampingan semaglutide.
"Pesakit dan pengguna ubat itu tidak terdor onguntuk melaporkan kesan sampingannya," kata Encik Faillie.
Kesan sampingan yang biasa dilaporkan termasuk rasa mual.
Namun Encik Faillie berkata "terdapat risiko lebih jarang berlaku dan lebih serius seperti pankres akut yang berlaku pada dos lebih rendah, penyakit hempedu dan kes sembelit teruk yang jarang berlaku, yang boleh mengakibatkan halangan pada usus."
Beliau juga menarik perhatian tentang "peningkatan risiko barah tiroid" selepas beberapa tahun menjalani rawatan.

Sumber : AGENCIES/AE/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.