Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor keluarkan buah pinggang seberat 7.4kg dari pesakit

Pakar bedah di India berjaya mengeluarkan buah pinggang sebesar bola 'bowling' dari tubuh seorang lelaki, yang mengalami masalah genetik yang mengancam nyawanya, menurut seorang pakar bedah pada Isnin (25 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor keluarkan buah pinggang seberat 7.4kg dari pesakit

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2019 09:55PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 09:59PM

NEW DELHI: Pakar bedah di India berjaya mengeluarkan buah pinggang sebesar bola 'bowling' dari tubuh seorang lelaki, yang mengalami masalah genetik yang mengancam nyawanya, menurut seorang pakar bedah pada Isnin (25 Nov).

Buah pinggang seberat 7.4 kilogram itu, adalah yang paling berat pernah dikeluarkan menerusi pembedahan.

“Ia adalah ketulan besar yang meliputi hampir separuh daripada perutnya. Kami tahu ia adalah buah pinggang yang besar, tetapi tidak menyangka ia seberat ini,” kata salah seorang doktor bedah, Sachin Kathuria kepada AFP.

Pesakit berusia 56 tahun itu menderita penyakit buah pinggang polikistik dominan autosomal dan menjalani pembedahan selama dua jam di Hospital Sir Ganga Ram, di ibu kota Delhi bulan lalu.

Berat pinggang normal adalah antara 120 gram hingga 150 gram dengan panjang 12 sentimeter.

Encik Kathuria berkata, buah pinggang yang dikeluarkan dari lelaki tersebut panjangnya 45 sentimeter.

Menurut Rekod Dunia Guinness buah pinggang terbesar yang pernah dikeluarkan dari tubuh badan manusia adalah seberat 4.25 kilogram, dalam satu pembedahan di Dubai pada 2017.

Sementara itu, beberapa doktor yang bertugas di hospital New Delhi, berkata mereka pernah menjumpai maklumat perubatan mengenai pinggang seberat sembilan kilogram yang

dikeluarkan dari tubuh seorang pesakit.

Penyakit yang dihidapi lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu, menyebabkan sista dipenuhi cecair yang mula tumbuh di dalam buah pinggang.

Justeru, doktor memutuskan untuk menjalankan pembedahan apabila mereka mengesan pendarahan dalaman dan jangkitan mula merebak dalam badan pesakit.

Menurut Encik Kathuria lagi, lelaki tersebut kini berada dalam keadaan baik dan sedang menjalani dialisis, sementara menunggu pemindahan buah pinggang.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan