Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor ini ditipu beli 'lampu ajaib Aladdin'

Dua lelaki ditangkap kerana didakwa memperdaya seorang doktor untuk membeli "lampu Aladdin" pada harga AS$93,000 (S$127,000). Dua suspek itu bahkan mendakwa kononnya ada 'jin' dalam lampu tersebut yang terkenal dalam kisah The Arabian Nights.

Anggaran Waktu Membaca:
Doktor ini ditipu beli 'lampu ajaib Aladdin'

Suspek mendakwa kononnya ada 'jin' dalam lampu. [Gambar AFP melalui Polis Uttar Pradesh]

Diterbitkan : 02 Nov 2020 04:41PM Dikemas Kini : 02 Nov 2020 04:50PM

NEW DEHLI: Dua lelaki ditangkap kerana didakwa memperdaya seorang doktor untuk membeli "lampu Aladdin" pada harga AS$93,000 (S$127,000). Dua suspek itu bahkan mendakwa kononnya ada 'jin' dalam lampu tersebut yang terkenal dalam kisah The Arabian Nights.

Encik Laeek Khan membuat aduan polis di bahagian utara Uttar Pradesh selepas beliau menyedari lampu yang dibelinya tidak mempunyai sebarang kuasa mistik, seperti yang dipaparkan dalam cerita Aladdin.

"Dua suspek terbabit mahukan bayaran tambahan tetapi doktor itu sudah membayar sekitar tujuh juta rupee," kata pegawai kanan polis, Amit Rai, kepada AFP.

Beliau menambah, dua pelaku itu ditahan pada Khamis (29 Okt) dan ditahan reman sebelum dakwaan difailkan.

"Isteri salah seorang daripada mereka juga terlibat dalam penipuan ini. Dia sedang diburu polis," tambah Encik Rai.

Dalam aduan yang difailkan pada Ahad (1 Nov), Encik Khan berkata salah seorang daripada pelaku itu menyamar sebagai seorang dukun yang "membuat jin" yang tinggal dalam lampu tersebut muncul di hadapannya, lapor media tempatan.

Namun apabila Encik Khan bertanya jika beliau boleh memegang jin atau membawa pulang lampu tersebut, dua pelaku tersebut tidak membenarkannya atas alasan beliau boleh tercedera.

Mereka akhirnya menjual lampu itu kepada Encik Khan, dan memberi jaminan bahawa ia akan membawa kekayaan, kesihatan dan nasib yang baik.

Encik Khan dalam aduannya menyatakan, beliau kemudian menyedari bahawa "jin" (yang muncul) hanyalah salah seorang pelaku terbabit.

"Dua lelaki itu juga terlibat dalam kes penipuan keluarga lain menggunakan taktik sama. Ini melibatkan jumlah wang yang mencecah berjuta-juta rupee," kata Encik Rai.  

Sumber : AFP/AQ/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan