Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Doktor didenda lebih S$17,000 letak tanda nama pada hati pesakit

Seorang doktor bedah didenda lebih AS$13,000 (S$17,200) kerana meletakkan huruf-huruf atau tanda namanya (initials) pada hati dua orang pesakitnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2018 05:35PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 09:49PM

LONDON: Seorang doktor bedah didenda lebih AS$13,000 (S$17,200) kerana meletakkan huruf-huruf atau tanda namanya (initials) pada hati dua orang pesakitnya.

Tanda nama tersebut berukuran sebesar 4 sentimeter.

Dr Simon Bramhall yang mengaku salah turut diarahkan supaya melakukan kerja kemasyarakatan secara percuma selama 120 jam.

Dia menggunakan alat pembakar urat darah untuk membuat tanda namanya ke atas organ dua mangsanya itu pada February dan Ogos 2013.

Doktor bedah berusia 53 tahun itu sudahpun meletak jawatan dari Hospital Queen Elizabeth di Birmingham tiga tahun lalu selepas seorang doktor lain mengesan perbuatannya tersebut.

Pihak hospital bagaimanapun menegaskan perbuatan doktor itu tidak menjejas kejayaan pembedahan yang dilakukannya.

Malah para pesakit yang terjejas berpendapat apa yang dilakukan Dr Bramhall itu terlalu kecil kesannya jika dibandingkan dengan kejayaannya menyelamatkan nyawa mereka.

Namun, hakim menyifatkan perbuatan Dr Bramhall itu sebagai satu "kesombongan profesional yang mempunyai unsur perbuatan jenayah".

Doktor itu kini bekerja di jabatan Khidmat Kesihatan Kebangsaan milik negara di Hertfordshire, utara London. 

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan