Doctors Without Borders kecam 'pembunuhan terancang' di pusat agihan GHF
Anggaran Waktu Membaca:
Asap kelihatan di Carikan Gaza akibat serangan Israel ke atas kawasan Palestin itu pada 7 Ogos, 2025. (Gambar: Jack GUEZ/AFP)
- Doctors Without Borders mengecam tahap "keganasan sistematik terhadap orang awam" di pusat agihan bantuan yang disokong Israel di Carikan Gaza.
- Doctors Without Borders menyatakan pihaknya merawat seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang cedera ditembak di bahagian dada dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang cedera ditembak di perut.
- Antara 7 Jun hingga 24 Julai, seramai 1,380 mangsa dibawa ke dua klinik Doctors Without Borders, termasuk 28 yang sudah meninggal dunia.
- Doctors Without Borders turut menggesa agar agihan bantuan oleh Gaza Humanitarian Foundation dihentikan segera.
GENEVA: Pertubuhan bantuan perubatan Doctors Without Borders mengecam tahap "keganasan sistematik terhadap orang awam" di pusat agihan bantuan yang disokong Israel di Carikan Gaza, yang disifatkan sebagai antara paling buruk pernah disaksikan dalam tempoh 54 tahun operasinya, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Dalam laporan yang dikeluarkan pada Khamis (7 Ogos) bertajuk “Ini Bukan Bantuan. Ini Pembunuhan Terancang”, Doctors Without Borders menyatakan pihaknya merawat seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang cedera ditembak di bahagian dada dan seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang cedera ditembak di perut, di dua klinik Doctors Without Borders berhampiran kemudahan yang dikendalikan Gaza Humanitarian Foundation (GHF).
Kedua-dua mangsa dilaporkan cedera semasa beratur untuk mendapatkan makanan.
Menurut Doctors Without Borders, mangsa memberikan gambaran mengenai pengalaman di pusat agihan GHF sebagai satu bentuk layanan tidak berperikemanusiaan dan keganasan yang disasarkan, tidak mengenal mangsa, dan “amat membimbangkan.”
Antara 7 Jun hingga 24 Julai, seramai 1,380 mangsa dibawa ke dua klinik Doctors Without Borders, termasuk 28 yang sudah meninggal dunia.
Dalam kalangan yang cedera, 71 adalah mereka di bawah umur, termasuk 25 berusia bawah 15 tahun. Kesemua mereka datang dari pusat agihan GHF yang sering menjadi lokasi kejadian tembakan.
Dalam tempoh 27 Julai hingga 3 Ogos pula, lebih 185 mangsa cedera dihantar ke klinik Doctors Without Borders dari kawasan berhampiran pusat GHF, termasuk mangsa yang mengalami luka tembakan di leher dan kepala.
Doctors Without Borders turut menggesa agar agihan bantuan oleh GHF dihentikan segera.
Menurut laporan itu, pasukan Doctors Without Borders bersedia dari segi mental untuk beroperasi dalam konflik, tetapi tidak untuk menyaksikan orang awam yang tidak bersenjata terbunuh atau cedera parah ketika cuba mendapatkan bantuan.
“Sepanjang hampir 54 tahun operasi Doctors Without Borders, jarang sekali kami menyaksikan tahap keganasan sistematik seperti ini terhadap orang awam tidak bersenjata,” kata Ketua Pengarah Doctors Without Borders, Raquel Ayora.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.