Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dituduh ucap 'selamat jalan' kepada Mahathir, Najib ancam mahu saman

Bekas perdana menteri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad, dan pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz.

Anggaran Waktu Membaca:
Dituduh ucap 'selamat jalan' kepada Mahathir, Najib ancam mahu saman

Bekas perdana menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar fail: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri Najib Razak mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap ahli parlimen Kangar, Amin Ahmad, dan pembantu Dr Mahathir Mohamad, Adam Mukhriz.

Encik Najib mengumumkan perkara itu selepas dituduh menulis "selamat jalan" di media sosial ketika seteru politiknya, Dr Mahathir Mohamad, mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) untuk kali ketiga pada bulan ini.

Encik Najib berkata saman akan dikemukakan ekoran dua individu berkenaan gagal memohon maaf terhadapnya, lapor Malaysiakini.

"Pembantu atuk (Mahathir) Adam Mukhriz ini akan disaman juga sebab ahli Parlimen PH itu beri alasan dia petik 'posting' dia dari 'tweet' Adam.

"Sukar untuk percaya bahawa pada masa atuk sakit, mereka masih mampu mainkan fitnah sebegini hanya sebab nak politik? Mereka tuduh saya, saya nafi.

"Lalu mereka suruh saya tunjuk activiti log FB saya untuk buktikan saya tak post 'selamat jalan?', saya tunjukkan," tulis Encik Najib dalam satu catatan di Facebooknya pada Isnin (24 Jan).

Kelmarin, Encik Amin dan Encik Adam memuat naik petikan skrin yang dikaitkan dengan Facebook ahli parlimen Pekan itu berhubung catatan "selamat jalan".

Catatan tersebut dipercayai merujuk kepada bekas perdana menteri ketujuh yang sedang menerima rawatan di IJN.

Sementara itu, Encik Najib berkata beliau bertindak untuk menyaman dua individu berkenaan kerana mereka enggan memohon maaf meskipun bukti sudahpun diberikan.

"Sebab itu, saya saman kedua-dua supaya peguam saya boleh tunjukkan 'activity log original' kepada mereka dalam mahkamah bagi memuaskan hati mereka.

"Sebarang pampasan yang diterima akan saya beri sebagai bantuan kepada rakyat," ujarnya lanjut.

Sementara itu, dalam reaskinya, Encik Amin mengakui kesilapan itu dan sudahpun memadam catatan yang dimuat naik ke Facebooknya.

Encik Amin berkata beliau juga sudah meninggalkan komen bahawa status berkenaan sudahpun dimuat naik oleh pentadbir Facebook kerana tidak percaya Najib akan mengeluarkan kenyataan sedemikian, lapor Malaysiakini.

"Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh 'cytro' yang menjaga akaun Facebook beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.

"Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum.

"Saya akui ini kekhilafan saya kerana didorong rasa geram bila komen sedemikian boleh dibuat terhadap orang sakit walaupun berbeza pandangan politik. Justeru itu, saya meminta maaf atas kekhilafan tersebut," Malaysiakini menukil kata-katanya dalam catatan di Facebook.

Carian Malaysiakini di Twitter pembantu Mahathir juga mendapati Encik Adam sudahpun memadam ciapan berkenaan.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan