Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dito Ariotedjo dilantik sebagai menteri sukan baru Indonesia

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Presiden Joko Widodo melantik Ario Bimo Nandito Ariotedjo atau Dito Ariotedjo sebagai menteri belia dan sukan yang baru.

Dito Ariotedjo dari Parti Golkar menggantikan Zainudin Amali yang meletak jawatan pada 13 Mac selepas dilantik sebagai naib pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia.

Majlis pelantikan ahli politik berusia 32 tahun itu diadakan pada Isnin (3 Apr) di Istana Presiden di Jakarta tengah.

Sebelum ini, Dito Ariotedjo dilantik sebagai Chef de Mission Indonesia bagi Sukan Olimpik Belia Buenos Aires 2018.

Presiden Jokowi telah mengarahkan beliau untuk mempersiapkan atlit Indonesia bagi menghadapi Sukan SEA 2023 di Kemboja dan Sukan Asia serta mengubah ekosistem sukan negara di semua peringkat.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan