Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ditangkap: Suami isteri, ipar yang disyaki aktif curi, pecah masuk 8 masjid dan surau

Kegiatan sepasang suami isteri dan seorang ipar, dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Wira’ yang aktif melakukan jenayah curi serta pecah masuk masjid dan surau di beberapa daerah di Perak, tumpas selepas polis menahan ketiga-tiga suspek, Selasa lepas (28 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Ditangkap: Suami isteri, ipar yang disyaki aktif curi, pecah masuk 8 masjid dan surau

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 31 Jan 2020 07:09PM Dikemas Kini : 31 Jan 2020 07:11PM

LUMUT: Kegiatan sepasang suami isteri dan seorang ipar, dipercayai ahli kumpulan ‘Geng Wira’ yang aktif melakukan jenayah curi serta pecah masuk masjid dan surau di beberapa daerah di Perak, tumpas selepas polis menahan ketiga-tiga suspek, Selasa lepas (28 Jan).

Ketua Polis Daerah Manjung, ACP Nor Omar Sappi berkata pasangan suami isteri itu masing-masing berumur 34 dan 20 tahun serta seorang lagi yang juga abang kepada wanita itu berusia 28 tahun, ditahan di Segari di sini, pukul 6.25 petang.

Beliau berkata tangkapan itu dilakukan susulan satu laporan polis dibuat Pengerusi Masjid Al-Falah, Batu 16, Ayer Tawar, kira-kira 6.35 petang, 1 Jan lepas.

“Pihak polis merampas beberapa peralatan pecah rumah, pelbagai peralatan elektrik dan sebuah kereta Perodua Kancil. Dengan tangkapan ini, kita telah dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lapan kes pecah masuk masjid di sekitar Manjung.

“Namun kita percaya geng ini turut terlibat dengan beberapa kes pecah masuk masjid di beberapa daerah lain antaranya Pantai Remis, Ayer Tawar dan Beruas,” katanya di sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung di sini, hari ini (31 Jan).

ACP Nor Omar berkata modus operandi Geng Wira yang melakukan jenayah itu sejak lebih setahun lepas ialah menyasarkan peralatan elektrik serta tabung di masjid dan surau pada waktu pagi sebelum menjualnya di sebuah premis di Kamunting, Taiping.

“Kita telah menjejaki premis berkenaan dan sedang menyiasat dengan lebih lanjut. Kesemua suspek ditahan reman selama tiga hari bermula Rabu lepas dan kes disiasat mengikut Kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan