Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Disneyland di Melaka "berita palsu, bersifat spekulatif", kata wakil Disney

Anggaran Waktu Membaca:
Disneyland di Melaka "berita palsu, bersifat spekulatif", kata wakil Disney

Gambar: AFP

Diterbitkan : 17 Nov 2022 03:26PM Dikemas Kini : 17 Nov 2022 03:34PM
KUALA LUMPUR: Disney menafikan laporan baru-baru ini bahawa Disneyland pertama ASEAN akan dibina di Jasin, Melaka.

Kenyataan itu dikongsi oleh seorang penulis Digital Asia CNN, Heather Chen, menerusi catatan Twitter beliau bahawa beliau sudah menghubungi pihak Disney dan mereka menafikan laporan tersebut. Menurut Disney lagi ia "berita palsu dan bersifat spekulatif semata-mata", lapor Malay Mail hari ini (17 Nov), memetik catatan Cik Chen.

Malay Mail kemudian melaporkan Cik Chen sudah memadamkan catatan tersebut atas arahan Disney.

Sekalipun demikian, Cik Chen memuat naik satu lagi catatan menyatakan penjelasan awal yang dibuat itu adalah benar.

"Tiada perancangan rasmi untuk membina taman tema Disney di Melaka dan laporan-laporan awal mengenai perkara itu bersifat spekulatif dan salah faham semata-mata," kata beliau, menurut laporan Malay Mail lagi.

Berita mengenai taman tema mega di Melaka itu sebelum ini didedahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka, Muhammad Jailani Khamis semasa majlis menandatangani projek Maglev di Melaka.

Encik Muhammad Jailani berkata "Disney City" akan menjadi yang paling besar seumpamanya di Asia Tenggara dengan saiz 150 hingga 200 ekar tanah.
Setakat ini, tiada pengumuman rasmi daripada pihak Disney.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa projek Disneyland di Melaka boleh menelan belanja RM2 bilion (S$600 juta), yang jauh lebih rendah daripada kos RM15 hingga 16 bilion (S$4.5-4.8 bilion) untuk membina Disneyland di Hong Kong dan Shanghai.
 
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan