Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Disney derma AS$5 juta pulihkan Notre-Dame

Disney akan mendermakan AS$5 juta (S$6.8 juta) bagi pembinaan semula Notre-Dame, menurut syarikat itu pada Rabu (17 Apr), sambil menyifatkan gereja Perancis itu sebagai hasil seni agung yang "tiada ganti".

Anggaran Waktu Membaca:
Disney derma AS$5 juta pulihkan Notre-Dame

Ketua Eksekutif Disney, Bob Iger (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Apr 2019 09:37AM Dikemas Kini : 18 Apr 2019 09:43AM

NEW YORK: Disney akan mendermakan AS$5 juta (S$6.8 juta) bagi pembinaan semula Notre-Dame, menurut syarikat itu pada Rabu (17 Apr), sambil menyifatkan gereja Perancis itu sebagai hasil seni agung yang "tiada ganti".

"Walt Disney Company berdiri teguh bersama-sama rakan-rakan dan jiran dalam masyarakat, menghulurkan sokongan ikhlas serta dema AS$5 juta bagi pemulihan kerja seni yang tiada ganti ini."

Kaitan Disney dengan gereja tersebut termasuk filem animasi popular 1996, "The Hunchback of Notre Dame", yang berdasarkan novel yang ditulis Victor Hugo.

Syarikat tersebut juga menguruskan Disneyland Paris, taman bertema seluas 5,510 ekar terletak 32 kilometer dari timur Paris.

Derma oleh Disney adalah antara sumbangan besar pertama oleh sebuah entiti Amerika Syarikat menyusuli kebakaran pada Isnin yang merosakkan mercu tanda Paris itu.

Ketua Eksekutif Apple Tim Cook mengumumkan gergasi teknologi itu akan menghulurkan derma namun jumlahnya tidak didedahkan. Henry Kravis, pengasas bersama dana pelaburan KKR dan isterinya Marie-Josée Kravis, mengumumkan derma AS$10 juta (S$13.5 juta) kepada projek itu.

Hartawan Bernard Arnault dan konglomerat barangan mewah LVMH yang diketuainya, syarikat minyak Total serta syarikat kecantikan L'Oreal masing-masing mengikrarkan derma AS$113 juta (S$152 juta).

Bagaimanapun, pengumuman derma bertali arus dari syarikat-syarikat besar di Perancis mula mencetuskan perbahasan, dengan sebilangan anggota politik berkata, cara terbaik golongan mewah boleh membantu melindungi warisan kebudayaan negara itu adalah dengan membayar cukai sepenuhnya atau membantu "gereja manusiawi" iaitu golongan yang memerlukan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan