Skip to main content

Dunia

Disangka curi wang dari rakannya, rupa-rupanya kanak-kanak ini jual belalang di sekolah

Dengan wang saku hanya RM2 (S$0.70), Cik Hasmi Samsuddin berasa hairan apabila anaknya yang berusia 7 tahun, Qaiser Rifqi Martin, membawa pulang RM4 (S$1.40) dalam koceknya.

Anggaran Waktu Membaca:
Disangka curi wang dari rakannya, rupa-rupanya kanak-kanak ini jual belalang di sekolah

(Gambar: Facebook/ [at] hasmi.samsuddin)

Diterbitkan : 08 Jan 2020 11:37AM Dikemas Kini : 08 Jan 2020 11:43AM

PETALING JAYA: Dengan wang saku hanya RM2 (S$0.70), Cik Hasmi Samsuddin berasa hairan apabila anaknya yang berusia 7 tahun, Qaiser Rifqi Martin, membawa pulang RM4 (S$1.40) dalam koceknya.

Beliau kemudian menulis di Facebook untuk merakamkan rasa hairannya terhadap tingkah laku anaknya yang secara senyap-senyap berjualan di sekolah untuk menambah wang sakunya.

Cik Hasmi turut menceritakan bahawa anak sulungnya itu kerap meminta-minta tabungnya daripada ibunya setelah pulang dari sekolah, kerana ingin menabung.

"Baru masuk hari kedua sekolah. Saya terkejut dia bawa pulang wang dari sekolah, kerana saya hanya beri RM2 tapi dia bawa pulang RM4," kata Cik Hasmi kepada mStar.

"Saya ingatkan dia curi dari kawan-kawannya tapi apabila ditanya dia kata dia jual belalang kepada rakan-rakannya."

Menurut Cik Hasmi, beliau tidak tahu bagaimana untuk memberikan respons terhadap gelagat Qaiser apabila dimaklumkan tentang inisiatifnya itu.

Cik Hasmi menambah beliau kemudian memuat naik catatan itu ke Facebook supaya suaminya, yang bekerja sebagai kelasi kapal, juga dapat menyaksikan gelagat mereka itu.

Telatah Qaiser di sekolah menjadi tular dalam kalangan pengguna media sosial, dengan catatan yang dimuat naik Jumaat lalu kini meraih lebih 6,300 reaksi dan dikongsi sekitar 4,000 kali.

Sumber : Today/Malay Mail/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita