Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diplomat tertinggi China gesa 'perbincangan', kerjasama dengan AS

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomat tertinggi China gesa 'perbincangan', kerjasama dengan AS

Menteri Luar China Wang Yi. (Gambar: DREW ANGERER / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)

SHANGHAI: China dan Amerika Syarikat harus berbincang dan bukan mengadakan konfrontasi untuk mengelakkan kesilapan yang dibuat semasa Perang Dingin, kata diplomat tertinggi China Wang Yi pada hari Ahad (1 Jan) dalam komen umum pertamanya sejak dilantik sebagai ketua pejabat Hal Ehwal Luar Parti Komunis yang memerintah.

Encik Wang digantikan oleh Qin Gang sebagai Menteri Hal Ehwal Luar negara pada Jumaat (30 Dis). Qin Gang merupakan bekas duta besar ke Amerika Syarikat (AS). Encik Wang dijangka kekalkan jawatan penting dalam hal dasar luar selepas kenaikan pangkatnya pada Oktober ke Politburo Parti Komunis, badan pembuat keputusan tertinggi negara itu.

Dalam satu esei yang diterbitkan dalam jurnal rasmi Parti Seeking Truth, Wang menggesa negara-negara besar untuk "menunjukkan contoh" dalam menghadapi pelbagai cabaran, merujuk pada kerjasama China yang diperkukuh dengan Rusia sepanjang 2022.

"Sepanjang tahun 2022, kami tidak putus-putus mencari cara yang betul untuk kedua-dua negara utama China dan AS untuk bekerjasama," tulisnya.

"Kedua-dua negara harus melahirkan cara untuk bekerjasama dengan saling menghormati, hidup bersama secara aman dan menempatkan hubungan China-AS kembali pada tahap yang sihat dan stabil," katanya.

Sewaktu Wang bertugas sebagai Menteri Hal Ehwal Luar, ketegangan antara Beijing dengan Washington bertambah secara mendadak mengenai pelbagai isu dari perdagangan hingga ke Taiwan.

Beliau berkata dalam esei hari ini bahawa Taiwan kekal sebagai "isu utama bagi China" dan "asas" di mana hubungan politik China dengan Amerika Syarikat dibina.
Sumber : Agensi berita/HY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan