Skip to main content

Dunia

Diplomat SG di Jepun disoal siasat polis selepas dilapor rakam pelajar lelaki di tempat mandi awam: Laporan

Diplomat yang berusia 55 tahun itu merupakan "bekas" kaunselor di kedutaan tersebut, menurut NHK.

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomat SG di Jepun disoal siasat polis selepas dilapor rakam pelajar lelaki di tempat mandi awam: Laporan

Kedutaan Singapura di Tokyo. (Gambar: Facebook/SingaporeEmbassyTokyo)

Diterbitkan : 02 May 2024 03:50PM

SINGAPURA: Seorang diplomat di kedutaan Singapura di Tokyo disoal siasat polis selepas disyaki merakam seorang remaja lelaki di tempat mandi awam, menurut laporan media Jepun pada Khamis (2 Mei).

Diplomat yang berusia 55 tahun, itu merupakan "bekas" kaunselor di kedutaan tersebut, menurut NHK. Seorang kaunselor mempunyai  pangkat diplomatik bagi pegawai yang berkhidmat di luar negara, seperti di kedutaan.

Yomiuri Shimbun melaporkan bahawa pada 27 Feb, lelaki itu menggunakan telefon bijaknya untuk merakam secara rahsia seorang pelajar sekolah menengah berusia 13 tahun di bilik persalinan sebuah tempat mandi awam. Budak berkenaan ketika itu dalam keadaan bogel.

Kakitangan di tempat mandi awam di kawasan Minato, Tokyo dilaporkan menghubungi polis yang, sebaik tiba, menyiasat telefon diplomat berkenaan dan menemui "berbilang gambar bogel pelanggan lelaki", menurut Asahi Shimbun.

Ia menambah bahawa diplomat itu enggan pergi ke balai polis tetapi memberitahu pegawai dia telah mengambil gambar serupa di tempat mandi awam lain.

Apabila diminta untuk memadamkan gambar dari telefonnya, diplomat itu "memadamnya di tempat kejadian", lapor akhbar Jepun. Dia didakwa memadam 700 gambar dari telefonnya, yang menurutnya kepada polis diambil dalam tempoh enam bulan sebelum kejadian itu.

Polis Tokyo sedang menyiasat kemungkinan pelanggaran undang-undang pornografi kanak-kanak dan merancang untuk meminta Kementerian Ehwal Luar Singapura (MFA) bagi lelaki itu menyerahkan diri, kata Asahi Shimbun. Tuduhan rasmi juga sedang dipertimbangkan.

Menurut Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik, seorang diplomat tidak boleh ditangkap.

Ketika ditanya oleh Asahi Shimbun pada Khamis, pihak kedutaan dilaporkan tidak mengetahui kejadian di tempat mandi awam itu. Kedutaan juga memberitahu akhbar itu bahawa diplomat telah "tamat tugasnya setakat 12 Apr" dan  kembali ke Singapura.

Mediacorp telah menghubungi MFA untuk mengulas perkara tersebut.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita