Diplomat kanan China sifatkan cara AS tangani belon perisik 'tidak masuk akal'
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: Diplomat kanan China, Wang Yi pada Sabtu (18 Feb) menyifatkan cara Amerika Syarikat (AS) menangani insiden belon perisik sebagai sesuatu yang "tidak dapat dibayangkan" dan tindakan "tidak masuk akal", yang melanggar norma-norma antarabangsa.
Semasa berucap di perhimpunan pemimpin-pemimpin dunia di Persidangan Keselamatan Munich, Encik Wang menuduh pentadbiran Presiden Joe Biden mempunyai persepsi yang "salah" terhadap Beijing.
Beliau juga menuduh Washington cuba "mencemarkan" nama baik negara tersebut, sedangkan AS sendiri menguatkuasakan dasar-dasar yang bercanggah dengan pendiriannya seperti perdagangan bebas.
"Banyak belon dari negara-negara merata dunia berlegar-legar di ruang udara. Adakah anda akan menembak jatuh setiap belon?" tekan Encik Wang, pengarah Pejabat Suruhanjaya Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (CPC).
China menggesa AS supaya jangan mengambil tindakan yang "tidak munasabah" seperti itu semata-mata untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah-masalahnya sendiri.
AS sudah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sejak belon besar berwarna putih dari China dikesan berlegar di ruang udara beberapa tapak senjata nuklear rahsia, sebelum ia ditembak jatuh di pantai timur AS pada 4 Februari lalu.
Beijing bagaimanapun dengan sekeras-kerasnya menafikan bahawa negara tersebut menggunakan belon perisik dan sebaliknya menegaskan bahawa kapal udara tersebut adalah bagi tujuan penyelidikan cuaca.
Ia kemudian menuduh Washington mengerahkan belon perisik ke wilayah-wilayah di China - sesuatu yang telah dinafikan oleh AS.
Pertikaian tersebut menyebabkan Setiausaha Negara AS Antony Blinken membatalkan lawatannya ke China secara tiba-tiba.
Dengan kehadiran Encik Blinken di Munich, perhatian kini tertumpu kepada sama ada kedua-dua pihak berhasil mengadakan rundingan.
Apabila ditanya sama ada beliau merancang untuk mengadakan pertemuan dengan delegasi AS, Encik Wang memberikan reaksi dingin.
Menurutnya, Washington mempunyai tanggapan yang salah tentang China sebagai pencabar geopolitik yang serius dan ancaman kepada AS.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.