Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diplomat jawatan tinggi AS, China bertemu bagi bendung ketegangan berhubung Taiwan

Ketegangan yang memuncak antara AS-China menunjukkan tanda-tanda semakin reda, namun Beijing mengeluarkan amaran baru terhadap sokongan bagi Taiwan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomat jawatan tinggi AS, China bertemu bagi bendung ketegangan berhubung Taiwan

Gambar fail anggota tentera laut Amerika Syarikat mengawal kapal perang, USS Carl Vinson. (Gambar: REUTERS/Mike Blake/File Photo)

NEW YORK: Para diplomat berjawatan tinggi Amerika Syarikat (AS) dan China bertemu pada Jumaat (23 Sep) di New York sedang ketegangan yang memuncak menunjukkan tanda-tanda semakin reda, namun Beijing mengeluarkan amaran baru terhadap sokongan bagi Taiwan.

Setiausaha Negara Antony Blinken dan Menteri Luar China Wang Yi berjabat tangan namun hanya saling beramah mesra di hadapan kamera sebelum duduk bersama para penasihat mereka di luar sidang tahunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Ini adalah pertemuan pertama mereka sejak perbincangan mereka pada bulan Julai di Bali, di mana kedua-dua pihak bersikap optimis bagi lebih banyak kestabilan.

Taiwan menjadi tumpuan bagi perbincangan 90 minit yang "berterus terang dan jujur" antara Encik Blinken dengan Encik Wang, menurut pegawai kanan pentadbiran kepada wartawan.

"Bagi pihak kami, setiausaha itu memberitahu dengan jelas bahawa, mengikut dasar 'Satu China' yang sudah lama wujud, yang sekali lagi tidak pernah berubah, usaha mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat itu sangat penting sekali," jelas pegawai tersebut.

Speaker Dewan Nancy Pelosi melawat Taiwan pada awal Ogos, sekali gus mencetuskan kemarahan Beijing yang menjalankan latihan-latihan tentera yang dilihat sebagai percubaan untuk pencerobohan negara itu.
Memberi petanda hubungan yang lebih baik, Encik Wang juga bertemu utusan iklim AS John Kerry di New York meskipun China mengumumkan selepas lawatan Cik Pelosi bahawa ia sedang mengekang kerjasama berhubung isu itu, iaitu keutamaan bagi Encik Biden.

Encik Blinken kemudian meneruskan dengan perbincangan itu walaupun terpaksa memendekkan jadualnya menyusuli kematian bapanya pada Khamis.

Sebelum bertemu Encik Wang, beliau segera mengadakan pertemuan dengan rakan-rakan seangkatannya dari Australia, Jepun dan India, yang digelar "Quad" yang dikecam Beijing sebagai percubaan untuk mengasingkannya.

"Keempat-empat negara kami benar-benar tahu cabaran besar yang kami hadapi, serta peluang yang ada di depan kami, yang memerlukan kami bekerjasama dengan lebih rapat lagi," kata Encik Blinken sedang para menteri menandatangani perjanjian kerjasama bagi bantuan bencana.
Sumber : Agensi berita/IM/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan