Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diplomat AS, China adakan 'rundingan membina dan berterus terang' di tengah ketegangan

Anggaran Waktu Membaca:
Diplomat AS, China adakan 'rundingan membina dan berterus terang' di tengah ketegangan

Penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Kritenbrink. (Gambar: AP)

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dan China sedang berusaha mengendurkan ketegangan dalam hubungan dua hala.

Penolong Setiausaha Negara AS, Daniel Kritenbrink bertemu Naib Menteri Luar China, Ma Zhaoxu pada Isnin (5 Jun) di Beijing.

Washington menyatakan mereka telah mengadakan perbincangan yang membina dan berterus terang.

Rundingan itu merupakan sebahagian daripada usaha diplomatik dua hala yang terganggu oleh kejadian apa yang didakwa sebagai belon perisik China di AS pada lewat Januari hingga awal Februari lalu.

Encik Kritenbrink dan Encik Ma membincangkan isu-isu rentas Selat Taiwan.

Washington telah menegaskan ia akan mempertahankan kepentingan dan nilai-nilai AS.

Pada Sabtu lalu (3 Jun), dua kapal tentera AS dan China hampir berlanggar di Selat Taiwan.

Tentera laut AS menuduh kapal perang China memasuki tempat laluan kapal pemusnah AS.

Kedua-dua kapal berada kurang 140 meter antara satu sama lain.
 
Sumber : AGENCIES/MU/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan