Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Dinosaur Park' pertama di Perak dijangka beroperasi Ogos 2024

Anggaran Waktu Membaca:
'Dinosaur Park' pertama di Perak dijangka beroperasi Ogos 2024

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 05 Aug 2023 09:02AM Dikemas Kini : 05 Aug 2023 09:13AM
IPOH: Perak bakal mempunyai sebuah taman tema 'Dinosaur Park' pertama di Taman Rekreasi Gunung Lang yang dijangka beroperasi Ogos tahun depan. Ini sekali gus menjadikan Perak sebagai negeri ketujuh memiliki taman tema itu di Malaysia.

Datuk Bandar Ipoh Rumaizi Baharin berkata projek yang akan dimulakan tahun hadapan itu merupakan produk pelancongan baharu sempena Tahun Melawat Perak 2024. Ia mempunyai lebih 30 replika haiwan animatronik prasejarah yang telah pupus termasuk jenis statik. 

Beliau berkata projek kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan syarikat swasta, Pebec Berhad dengan pelaburan mencecah RM7 juta (S$2.06 juta) itu dijangka siap dan dibuka kepada pengunjung menjelang Ogos 2024.

"Kita ada dua fasa pembinaan iaitu fasa satu melibatkan tempoh pembinaan selama enam hingga ke lapan bulan untuk membina haiwan animatronik prasejarah termasuk sebuah 'Learning Centre' yang mampu menempatkan 100 pelajar dalam satu-satu masa. 

"Fasa kedua pula akan dimulakan dalam tempoh setahun dari pembukaan namun bergantung kepada sambutan dan kita cadangkan untuk bina pawagam 3D/4D dan tempat permainan air," katanya kepada pada sidang media selepas menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara MBI dan Pebec Berhad pada Jumaat (4 Ogos).

Turut hadir ialah Pengerusi Pebec Berhad Norali Nordin dan Perunding Prinsipal Ahmad Burhanuddin Adnan. 

Mengulas lanjut, Encik Rumaizi berkata 'Dinosaur Park' itu akan dibina dalam Eco-Park di kawasan Geo-Park di tanah berkeluasan 2.4 hektar yang bakal menambah aktiviti di Gunung Lang. 

"Gunung Lang sahaja menerima hampir 20,000 ke 30,000 pengunjung sebulan dan jika musim cuti sekolah mampu mencecah sehingga 40,000 pengunjung. 'Dinosaur Park' ini apabila siap kelak pasti muncul sebagai tarikan pelancongan baharu di daerah ini dan Perak khususnya," katanya. 

Setakat ini terdapat enam Dinosaur Park yang sedang beroperasi iaitu The Top di Pulau Pinang, Resort World Genting Highlands, Pusat Sains Negara, Taman Haiwan Teruntum (Kuantan Pahang), Taman Haiwan Melaka dan Jurassic Land di Tuaran Sabah.
 
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan