Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dina Nadzir hampir tarik diri dari GV9, terus berlawan kerana ayah

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Setelah kehilangan ayah tercinta, bintang Gegar Vaganza 9 (GV9), Dina Nadzir mendedahkan, dia hampir menarik diri dan sudah berputus asa daripada menyertai program berkenaan.

Bagaimanapun, jelas Dina, dengan berbekalkan semangat insan tersayang di sekelilingnya, hal itu menjadi asbab untuk dia meneruskan perjuangan di atas pentas GV9, lapor Astro Gempak.

“Malam ayah saya meninggal itu saya dah reda dan tidak kisah jika tersingkir, anggap rezeki saya sampai di minggu keenam sahaja. Saya hanya bersyukur sebab semuanya kehendak Allah.

“Tapi dengan adanya kawan-kawan saya yang ‘gila’ inilah punca untuk saya teruskan, mereka kata jangan berhenti, perjuangan perlu diteruskan walaupun jujur saya katakan saya sudah mengaku kalah sebenarnya.

“Kemudian keluarga dan saudara mara jauh semua kata arwah ayah mesti nak tengok saya terus berlawan dalam pertandingan ini, jadi saya buat untuk ayah.

“Untuk bawa semangat ayah, sebab itu saya bawa sekali tongkat arwah dalam persembahan saya, walaupun itu tongkat biasa sahaja ada ukiran-ukiran sedikit, dari Johor saya bawa tongkat itu,” kongsinya.

Dina ditemui pada sesi sidang media usai konsert minggu ketujuh GV9 yang berlangsung dari Dewan Auditorium MBSA pada Ahad (30 Okt).

Dalam pada itu, pelantun lagu Malu Tapi Mahu itu menjelaskan tujuan dia menjemput beberapa rakan penyanyi sewaktu persembahan adalah untuk memberi kekuatan kepadanya.

“Saya nak nyanyi seorang diri minggu ketujuh ini saya rasa macam tak kuat, sebab itu saya ajak beberapa rakan-rakan yang sangat rapat dengan saya, itu yang ada Alvira, Cikgu Delly, Atilia dan Nadia Aqillah sekali.

“Masa rehearsal mereka tiada, tapi tadi bila mereka ada saya terus rasa lain, segalanya berlaku dengan baik dan cantik sekali, ditambah pula dengan sokongan penonton ketika itu, semangat saya lain macam masa nak mula persembahan,” tambahnya.

Terdahulu, persembahan Dina menerusi lagu Lady Marmalade nyanyian asal LaBelle menerima markah 77.10 peratus.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan