Skip to main content

Dunia

Dilarang merokok dalam pesawat; mengapa pula ada tempat abuk rokok?

Tahukah anda perbuatan merokok di dalam pesawat tidak diharamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat sehingga tahun 2000?

Anggaran Waktu Membaca:
Dilarang merokok dalam pesawat; mengapa pula ada tempat abuk rokok?

Hampir semua penerbangan antarabangsa mengharamkan perbuatan merokok ketika di dalam pesawat. (Gambar: Jake Dubya/Twitter)

Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:36AM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 11:28AM

WASHINGTON: Tahukah anda perbuatan merokok di dalam pesawat tidak diharamkan sepenuhnya di Amerika Syarikat sehingga tahun 2000?

Hampir semua penerbangan antarabangsa mengharamkan perbuatan merokok ketika di dalam pesawat.

Sungguhpun demikian, tempat abuk rokok masih lagi disediakan di dalam tandas kebanyakan pesawat.

Anda mungkin tertanya-tanya mengapa pesawat-pesawat masih lagi dilengkapi dengan tempat abuk rokok?

Menurut laporan CNN, sesetengah pesawat masih dilengkapi dengan tempat abuk rokok kerana ia masih diwajibkan oleh undang-undang, khususnya berdasarkan Bab 14 Kod Peraturan Persekutuan.

"Tidak kira sama ada perbuatan merokok dibenarkan di mana-mana bahagian pesawat, tandas harus dilengkapi dengan tempat abuk rokok yang boleh ditanggalkan. Ia harus diletakkan di tempat yang jelas kelihatan ataupun di setiap pintu tandas," menurut peraturan tersebut.

CNN menyatakan, ia harus dibaiki dalam masa 72 jam sekiranya lebih separuh daripada tempat abuk rokok itu rosak.

Ini kerana masih ada penumpang yang cuba merokok semasa dalam penerbangan walaupun perbuatan sedemikian boleh menyebabkan pelaku didenda ataupun diberkas.

Pada Mac tahun ini, seorang lelaki didapati merokok di dalam tandas pesawat IndiGo semasa penerbangan dari Goa ke Delhi. Tahukah anda bahawa perbuatan sedemikian juga kerap berlaku?

Maka itu seperti diterangkan oleh CNN, tempat abuk rokok perlu disediakan supaya terdapat tempat selamat untuk perokok membuang puntung rokok dan bukan tong sampah yang boleh menyebabkan kebakaran.

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita