Skip to main content

Dunia

AS dijangka umum keputusan tarik diri perjanjian nuklear dengan Rusia

Amerika dijangka mengumumkan keputusannya hendak menarik diri dari satu perjanjian nuklear dengan Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
AS dijangka umum keputusan tarik diri perjanjian nuklear dengan Rusia
Diterbitkan : 01 Feb 2019 05:48PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 05:53PM

BEIJING, CHINA: Amerika dijangka mengumumkan keputusannya hendak menarik diri dari satu perjanjian nuklear dengan Rusia.

Ini bermakna Amerika akan menyambung penghasilan peluru berpandu jarak sederhana.

Kedua-dua perwakilan mengadakan rundingan saat-saat akhir di Beijing untuk mencapai kata sepakat berhubung isu tersebut.

Washington sudah mengancam untuk menarik diri daripada perjanjian pelucutan senjata nuklear jarak sederhana (INF) selepas ia menuduh Mosko melanggar syarat-syarat perjanjian.

Amerika sudah memberi tempoh sehingga esok bagi Rusia menghapuskan peluru berpandunya jenis Novator.

Washington berkata peluru berpandu itu melanggar perjanjian INF yang membataskan senjata pelancar dengan sasaran antara 500 hingga 5,000 kilometer.

Mosko pula mendakwa peluru berpandunya itu hanya boleh sampai sasaran 480 kilometer.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita