AS dijangka hantar bantuan ketenteraan AS$450 juta ke Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Anatolii Stepanov / AFP
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) dijangka memberi bantuan ketenteraan bernilai AS$450 juta (S$625 juta) ke Ukraine, termasuk sistem roket jarak jauh, kata dua pegawai AS kepada Reuters pada Khamis (23 Jun).
Tentera Moscow sedang mara ke timur Ukraine dalam usaha menawan kawasan pusat perindustrian dikenali sebagai Donbas, mencetuskan kebimbangan Kyiv sejumlah tenteranya akan dikepung Rusia.
Menurut seorang pegawai yang enggan mendedahkan indentitinya, pengumuman akan dibuat pada lewat Khamis (23 Jun) dan pakej terbaru itu dijangka merangkumi empat Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS) tambahan.
Pegawai tersebut menambah bahawa butiran pakej tersebut boleh berubah pada saat-saat akhir.
Ukraine sebelum ini mengumumkan sudah menerima bantuan pertama HIMARS, sistem senjata jarak jauh yang diharap boleh membantu mengubah pertempuran selama berbulan-bulan itu.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.