Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Diesel punca hampir 50% kematian akibat pencemaran pengangkutan

Sekitar 385,000 orang di seluruh dunia meninggal dunia pada 2015 akibat pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan ekzos kenderaan. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diesel punca hampir 50% kematian akibat pencemaran pengangkutan

Kenderaan diesel membentuk 47 peratus daripada angka korban akibat pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan ekzos kenderaan (Gambar: Ina Fassbender/AFP)

Diterbitkan : 27 Feb 2019 02:02PM Dikemas Kini : 27 Feb 2019 02:05PM

FRANKFURT: Sekitar 385,000 orang di seluruh dunia meninggal dunia pada 2015 akibat pencemaran udara yang disebabkan oleh pelepasan ekzos kenderaan. Demikian menurut hasil kajian Amerika Syarikat yang dikeluarkan pada Rabu (26 Feb), yang turut menyenaraikan enjin diesel sebagai punca utama.

Kenderaan diesel membentuk 47 peratus daripada angka korban tersebut, menurut hasil kajian itu. Namun, bilangan kematian melonjak setinggi 66 peratus di Perancis, Jerman, Itali dan India.

Kajian itu dijalankan oleh para penyelidik Majlis Antarabangsa mengenai Pengangkutan Bersih (ICCT) - iaitu sebuah pertubuhan bukan pemerintah (NGO) yang mendedahkan skandal penipuan 'dieselgate' yang melibatkan Volkswagen pada 2015 - serta dua universiti Amerika Syarikat.

"Kesan tinggi kenderaan diesel terhadap kesihatan awam di Eropah menekankan pentingnya untuk memastikan agar piawaian pelepasan bertaraf dunia disertai dengan pematuhan dan penguatkuasaan yang ketat," kata penyelidik bersama ICCT, Joshua Miller.

Dalam kajian itu, para penyelidik meneliti pelepasan dari kereta diesel dan bukan diesel, lori, bas, industri perkapalan, serta jentera pertanian dan pembinaan dan juga kesannya terhadap kesihatan manusia.

Mereka mendapati bahawa sektor pengangkutan sejagat bertanggungjawab ke atas 11 peratus daripada 3.4 juta kematian pramatang setiap tahun akibat pencemaran habuk amat halus (PM2.5) dan pendedahan ozon.

Kos beban kesihatan yang disebabkan oleh pencemaran pengangkutan, yang dikaitkan dengan penyakit paru-paru dan jantung, serta angin ahmar dan kencing manis, adalah AS$1 trilion (S$1.35 trilion) pada 2015.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan