Diesel bersubsidi RM2.10 seliter untuk rakyat Malaysia mulai Jul
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen minyak Petronas di Malaysia. (Gambar: Reuters)
- Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan harga diesel bersubsidi akan diturunkan kepada RM2.10 seliter mulai Julai 2026 untuk rakyat Malaysia.
- Subsidi ini akan disalurkan melalui program BUDI MADANI dengan pengesahan MyKad bagi mengelakkan ketirisan dan meningkatkan penguatkuasaan.
- Penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan negeri serta kerjasama erat antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak turut diumumkan sebagai kejayaan bersama.
- Rundingan antara Petronas dan Petros kini di peringkat akhir, dengan perbezaan pandangan dianggap biasa dalam proses demokrasi dan tidak menjejaskan hubungan kedua-dua kerajaan.
BINTULU: Kerajaan MADANI akan menurunkan harga diesel bersubsidi untuk rakyat Malaysia kepada RM2.10 (S$0.65) seliter mulai Julai 2026, umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ia dilaksanakan menerusi pembaharuan penyasaran subsidi diesel selaras dengan pendekatan yang digunakan melalui program BUDI MADANI RON95 (BUDI95), dengan pengesahan melalui MyKad.
“Esok (22 Jun), Menteri Kewangan II Amir Hamzah Azizan akan memberikan penjelasan mengenai pelaksanaan harga baharu diesel bersubsidi ini kepada media di Kuala Lumpur,” kata PM Anwar.
Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Susulan Penukaran Status Pelabuhan Bintulu Daripada Pelabuhan Persekutuan Kepada Pelabuhan Negeri pada Ahad (21 Jun).
PM Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata Memorandum Persefahaman (MoU) perjanjian damai antara Amerika Syarikat dengan Iran merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penurunan harga walaupun keadaan ekonomi global masih tidak menentu.
“Hari ini saya umumkan penyasaran subsidi diesel, bukan naikkan tapi turunkan harga diesel walaupun keadaan masih tidak menentu. Setakat ini Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif yang banyak menyelaraskan rundingan itu berkata kepada saya this time (kali ini) dia yakin krisis di Timur Tengah dapat diredakan.
“Jadi ini akan membantu kita dari sudut harga minyak diesel,” kata beliau.
PM Anwar turut menegaskan bahawa penyasaran subsidi diesel menggunakan pengesahan melalui MyKad bertujuan untuk menggelakkan ketirisan yang mencecah berbilion ringgit, selain dapat meningkatkan lagi penguatkuasaan.
Beliau juga menjelaskan penyasaran subsidi diesel di Semenanjung dilewatkan sedikit berbanding Sabah dan Sarawak, memandangkan kedua-dua negeri itu merekodkan penggunaan diesel yang lebih tinggi.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, PM Anwar berkata hubungan erat antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak menjadi faktor utama kejayaan pelaksanaan beberapa inisiatif strategik termasuk penukaran status Pelabuhan Bintulu kepada pelabuhan negeri.
Beliau berkata kerjasama yang terjalin dengan Premier Sarawak Abang Johari Openg membolehkan pelbagai isu yang sekian lama tertangguh diselesaikan melalui rundingan dan persefahaman yang baik antara kedua-dua pihak.
“Hubungan baik dan saling mempercayai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak membolehkan kita melaksanakan apa yang dipersetujui demi kepentingan rakyat serta pembangunan negeri dan negara,” kata PM Anwar.
Selain itu, beliau turut memaklumkan rundingan melibatkan syarikat minyak dan gas nasional, Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) kini berada pada peringkat akhir selepas prinsip asas penyelesaian dipersetujui kedua-dua pihak.
Beliau berkata sebarang perbezaan pandangan yang timbul dalam proses rundingan adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi dan tidak seharusnya dilihat sebagai pertikaian yang menjejaskan hubungan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Sarawak.
Awal dari itu, majlis berkenaan turut dihadiri Abang Johari dan Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.