Didakwa pandu melulu, Menteri Kehakiman New Zealand letak jawatan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: AP
WELLINGTON: Menteri Kehakiman New Zealand Kiri Allan meletak jawatan pada Isnin (24 Jul) selepas didakwa memandu secara melulu dan menghalang daripada ditahan.
Beliau baru sahaja seminggu kembali ke pejabat selepas berehat bagi menangani isu kesihatan mentalnya, lapor Xinhua.
Pada pukul 9.00 malam waktu tempatan hari sama, Encik Allan terlibat dalam kemalangan kereta di Wellington dan ditahan di Balai Polis Pusat Wellington tetapi dibebaskan kira-kira 1.00 pagi Isnin, lapor agensi berita ABC News.
“Allan didakwa menggunakan kenderaan bermotor secara cuai dan enggan mengikut arahan pegawai polis. Ujian pernafasannya juga mencatat tahap yang dianggap sebagai pelanggaran undang-undang,” kata polis.
Sementara itu, Perdana Menteri Chris Hipkins dalam kenyataan, yang dipetik daripada ABC News, berkata: “walaupun tindakannya tidak boleh dimaafkan, saya dimaklumkan menteri wanita itu mengalami tekanan emosi melampau semasa kejadian.”

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.