Dialog pertingkat hubungan antara negara Teluk dengan Iran diteruskan
Negara-negara Teluk dijangka meneruskan dialog dengan Tehran bagi memperelok hubungan meskipun Iran bakal mempunyai Presiden baru berfaham tegar, Ebrahim Raisi.
(Gambar: AFP)
TEHRAN: Negara-negara Teluk dijangka meneruskan dialog dengan Tehran bagi memperelok hubungan meskipun Iran bakal mempunyai Presiden baru berfaham tegar, Ebrahim Raisi.
Namun para penganalisis berkata rundingannya mungkin lebih sukar.
Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International, pula mengulangi gesaan agar Encik Raisi disiasat berhubung dakwaan terbabit dalam pembunuhan ramai tahanan politik.
Encik Raisi yang merupakan ketua hakim akan menggantikan Presiden Hassan Rouhani yang berfahaman sederhana, pada awal Ogos nanti.
Beliau rapat dengan pemimpin ulung Iran, Ayatollah Ali Khamenei yang mempunyai kuasa politik mutlak di negaranya.
Bakal Presiden Iran itu yang berusia 60 tahun mempunyai pandangan sangat konservatif dalam banyak isu sosial.
Semasa berkempen, Encik Raisi berjanji akan menggiatkan usaha membasmi rasuah, membina 4 juta rumah bagi keluarga berpendapat rendah dan menubuhkan 'pemerintah rakyat bagi negara Iran yang kuat'.
Media Iran pernah menyebut Encik Raisi sebagai bakal pengganti Ayatollah Khamenei.
Encik Raisi akan menjadi Presiden Iran yang pertama dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.