Di Arab Saudi pemandu wanita kini boleh terima pelanggan lelaki
Pihak berkuasa menegaskan bahawa tiada perbezaan antara pemandu lelaki dan wanita, menurut kenyataan yang diterbitkan oleh pihak berkuasa di akaun rasminya di Twitter. Demikian menurut Al Arabiya.
Wanita Saudi dibenarkan memandu di bawah dekri diraja yang berkuat kuasa 2018. (Gambar: FAYEZ NURELDINE / AFP)
SAUDI: Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam Saudi mengesahkan bahawa kaum wanita Saudi yang mempunyai lesen pemandu tetap, memiliki kereta dan memenuhi semua syarat-syarat boleh mendaftar di salah satu syarikat pengangkutan berlesen atau syarikat-syarikat pengangkutan, dan mula bekerja tanpa perlu mengehadkan jantina pelanggan.
Pihak berkuasa menegaskan bahawa tiada perbezaan antara pemandu lelaki dan wanita, menurut kenyataan yang diterbitkan oleh pihak berkuasa di akaun rasminya di Twitter. Demikian menurut Al Arabiya.
Kenyataan itu juga menafikan laporan yang diedarkan di media sosial yang menyebut bahawa kaum wanita diharamkan daripada bekerja dalam sektor pengangkutan menerusi aplikasi bijak, atau mengharamkan para pemandu wanita untuk menjemput penumpang lelaki semasa mereka bekerja.
Sementara itu, para pemandu wanita pertama untuk aplikasi Careem dan Uber secara rasminya sudah mula menjemput pelanggan.
Cik Amal Farahat, pemandu perempuan Arab Saudi pertama dari aplikasi Careem, mempunyai ijazah dalam jaminan kualiti kesihatan dan memiliki sebuah syarikat perundingan jaminan kualiti sendiri.
Bagaimanapun, beliau masih mencari masa untuk bekerja sebagai pemandu Careem untuk membuktikan kepada dunia bahawa seorang wanita Arab mampu bekerja di mana-mana bidang dan cemerlang dalamnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.