Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Dewan Undangan Negeri Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang tidak bubar tahun ini

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya akan dibubarkan tahun depan iaitu pada satu tarikh yang akan diumum kelak, menurut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Rabu (5 Okt) memaklumkan keputusan itu diperoleh menerusi satu perbincangan dengan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dan Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow pada Rabu berhubung isu tarikh pembubaran DUN di negeri berkenaan.

Pengerusi PH, Anwar Ibrahim pada sidang media di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur berkata pendirian pemimpin di ketiga-tiga negeri itu adalah menumpukan perhatian menangani permasalahan banjir dan meringankan beban mangsa yang terpaksa berdepan bencana itu.

"Oleh yang demikian, mereka (negeri berkenaan) tidak akan mengadakan pilihan raya sehingga selesai isu banjir dijangka Februari, Mac dan mereka ada ruang atau wewenang untuk menetapkan (tarikh) selepas itu.

"Pokoknya (negeri berkenaan) tidak akan bersama dengan Kerajaan Persekutuan seandainya pilihan raya diadakan semasa banjir kerana pada anggapan Ketua Menteri Pulau Pinang, Menteri Besar Selangor dan Negeri Sembilan mereka tidak harus tambah derita dan penderaan kepada rakyat yang terpaksa mengharungi masalah banjir," katanya.

Kenyataan Majlis Presiden PH berkenaan dikeluarkan secara bersama oleh Encik Anwar yang juga Presiden PKR, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Wilfred Madius Tangau.
Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan