Dewan Senat AS undi ketepikan veto Trump bagi rang pertahanan
Dewan Senat Amerika Syarikat pada Jumaat (1 Jan) mengundi untuk membatalkan keputusan Presiden Donald Trump menolak rang undang-undang pertahanan. Keputusan Senat itu merupakan satu tamparan hebat kepada Presiden Trump pada minggu-minggu terakhir pentadbirannya.

Presiden Donald Trump. (Gambar: Joshua Roberts/REUTERS)
WASHINGTON: Dewan Senat Amerika Syarikat pada Jumaat (1 Jan) mengundi untuk membatalkan keputusan Presiden Donald Trump menolak rang undang-undang pertahanan.
Keputusan Senat itu merupakan satu tamparan hebat kepada Presiden Trump pada minggu-minggu terakhir pentadbirannya.
Inilah kali pertama semasa pentadbiran beliau, Dewan Senat yang dikuasai partinya, Republican, mengambil langkah seperti itu.
Rang undang-undang pertahanan berjumlah AS$740 bilion (S$977.98 bilion) itu mendapat sokongan 81 senator berbanding 13 yang menentangnya.
Jumlah itu jauh melebihi sokongan dua pertiga yang diperlukan di dalam Dewan 100 anggota itu untuk mengenepikan kuasa veto Presiden Trump ke atas rang tersebut minggu lalu.
Presiden Trump berkata rang itu gagal membataskan syarikat-syarikat media sosial yang didakwanya bersikap berat sebelah menentang beliau semasa kempen pilihan raya Presiden yang lalu.
Sebaliknya para senator Republican menyokong rang itu demi keselamatan negara.
Sejak kalah dalam Pilihan Raya Presiden pada 3 November lalu, Presiden Trump beberapa kali membidas partinya kerana tidak memberi sokongan padu kepada beliau dalam beberapa perkara.
Antaranya, dakwaan beliau bahawa berlaku penipuan dalam pilihan raya dan menolak desakan beliau agar dinaikkan pemberian wang tunai sekali sahaja kepada rakyat Amerika Syarikat bagi mengharungi pandemik sekarang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.