Dewan rakyat M'sia lulus rang undang-undang mansuh hukuman mati mandatori
Anggaran Waktu Membaca:
![Dewan rakyat M'sia lulus rang undang-undang mansuh hukuman mati mandatori Dewan rakyat M'sia lulus rang undang-undang mansuh hukuman mati mandatori](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--7y0mlaeI--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2023/04/03/msia_death_penalty.jpg?itok=dxenjPyD)
Gambar fail parlimen Malaysia. (Gambar: CNA/Fadza Ishak)
KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat Malaysia sebulat suara meluluskan rang undang-undang memansuhkan hukuman mati mandatori melalui undian suara.
Sebelum ini, Rang Undang-Undang Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023, dibentangkan bagi bacaan kedua dan ketiga, dibacakan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Ramkarpal Singh, mencadangkan hakim diberikan kuasa budi bicara dalam menjatuhkan hukuman.
Rang undang-undang itu juga mencadang membenarkan hakim pilihan mengenakan hukuman penjara sehingga 40 tahun, menggantikan hukuman mati mandatori.
Seramai 10 Ahli Parlimen mengambil bahagian dalam perbahasan rang undang-undang berkenaan.
Encik Ramkarpal berkata penting memansuhkan hukuman mati mandatori kepada hukuman alternatif memandangkan hukuman mati tidak dapat “ditarik balik”.
“Hukuman mati tidak membawa kesan seperti dikehendaki,” Free Malaysia Today memetik kata-katanya ketika menggulungkan perbahasan di Dewan Rakyat.
“Kita mesti menaruh keyakinan kepada badan kehakiman melaksanakan budi bicara mereka dengan adil.”
Menurut Encik Ramkarpal, kerajaan juga mendapatkan pandangan ahli keluarga kepada yang menjadi mangsa bunuh sebelum membuat keputusan memansuhkan hukuman mati mandatori.
Beliau menjelaskan mantan ketua hakim negara, Richard Malanjum, yang mengetuai Jawatankuasa Khas Kajian Hukuman Gantian terhadap Hukuman Mati Mandatori, pada 2020 juga ada bertemu dengan ahli keluarga mangsa.
“Kerajaan tidak hanya mendapatkan pandangan sebelah pihak sahaja tapi kedua-dua belah pihak – yang menyokong pemansuhan dan yang antipemansuhan – dalam membuat keputusan,” katanya, lapor agensi berita Free Malaysia Today.
“Keputusan juga mempertimbangkan faktor lain seperti prinsip perkadaran, sama ada hukuman mati setimpal dengan jenayah dilakukan, hak asasi pesalah dan sama ada pemulihan keadilan tercapai.”
Encik Ramkarpal menegaskan pemansuhan hukuman mati mandatori tidak bermakna penghapusan sepenuhnya hukuman mati membabitkan 11 kesalahan lain.

Sumber : Agensi berita/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.